Bantuan Mangsa Banjir RM500 Dibayar Pada Pertengahan Januari 2021

Memahami masalah banjir yang telah memberi masalah kepada ramai orang terutamanya rakyat negeri Terengganu, Jabatan Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengannu akan memberi bantuan kecemasan kepada mangsa banjir.

Semua ketua isi rumah yang terjejas akibat banjir akan menerima bantuan kecemasan sekali bayar pada awal tahun hadapan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kadar bantuan dan penerimaan bantuan kecemasan mangsa banjir.

KADAR BANTUAN KECEMASAN

Kadar bantuan kecemasan sekali bayar adalah berjumlah:

  • RM500 setiap keluarga

Tambahan RM500 akan diberikan kepada 360 ketua isi rumah di Air Putih dekat Kemaman yang terjejas akibat banjir lumpur.

TARIKH BAYARAN BANTUAN KECEMASAN BANJIR

Menurut makluman, mangsa banjir yang layak menerima bantuan akan terima bantuan masing-masing pada:

  • Sebelum pertengahan bulan depan (Pertengahan Januari 2021)

PENERIMA BANTUAN KECEMASAN

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Hanafiah Mat berkata bantuan kecemasan wang tunai itu akan diberikan kepada:

  • Mangsa yang berdaftar dan berpindah ke pusat pemindahan sementara

Jumlah keseluruhan peruntukan akan disalurkan kerajaan negeri untuk bantuan kecemasan itu bergantung kepada data yang sedang dikemaskini.

Kerajaan negeri melalui Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) diketuai Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman kini dalam proses akhir untuk mengemaskini data mangsa banjir yang terkesan.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma