Permohonan Skim Bantuan Makanan Kecemasan Pulau Pinang Fasa 1 Dibuka
Memahami masalah ramai orang yang terkesan dengan perintah kerajaan iaitu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh atau total lockdown, Zakat Pulau Pinang menyediakan Skim Bantuan Makanan Kecemasan PKP 3.0 kepada penduduk Pulau Pinang yang memerlukan.
Pemberian Skim Bantuan Makanan Kecemasan ini bertujuan untuk membantu golongan asnaf Fakir dan Miskin yang memerlukan bantuan segera dari sudut barangan makanan dan keperluan asas.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan yang ditawarkan dan cara membuat permohonan.
Isi Kandungan
SYARAT ASAS KELAYAKAN
Berikut adalah syarat asas kelayakan memohon bantuan ini:
- Beragama Islam.
- Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 3 bulan.
- Kategori Asnaf Fakir dan Miskin.
- Tiada pendapatan atau berpendapatan tidak melebihi Had Al Kifayah
- Pendapatan yang melebihi Had Al Kifayah boleh dipertimbangkan sekiranya pendapatan terjejas sepanjang tempoh PKP 3.0.
KETUA KELUARGA YANG PERLU MOHON
Permohonan mestilah dibuat atas nama ketua keluarga:
- Berkahwin
Ketua keluarga: Suami - Bercerai hidup/ mati
Ketua Keluarga: Ibu tunggal - Suami bermasalah
Ketua keluarga: Isteri
CARA MOHON
Keluarga yang layak memohon dan memerlukan bantuan yang ditawarkan boleh buat permohonan secara online melalui pautan berikut:
Proses kelulusan permohonan dan penghantaran bantuan akan dilaksanakan oleh Team Peduli Asnaf Zakat Pulau Pinang.
Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Team Peduli Asnaf Zakat Pulau Pinang melalui talian berikut:
-
Team Peduli Asnaf 1
-
Team Peduli Asnaf 2
-
Team Peduli Asnaf 3
-
Team Peduli Asnaf 4
-
Team Peduli Asnaf 5
-
Team Peduli Asnaf 6