Permohonan Bantuan MAIK Bagi Melanjutkan Pelajaran Ke IPT Kini Dibuka
Bantuan zakat melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) merupakan salah satu daripada Program Agihan Wang Zakat MAIK kepada asnaf yang layak ke IPT dalam negeri.
Sistem Bantuan IPT Online telah diperkenalkan pada 1 Februari 2013 bagi memudahkan urusan pelajar membuat permohonan secara atas talian. Sekiranya anda memerlukan bantuan yang ditawarkan, anda boleh kemukakan permohonan secara online sahaja.
Semak syarat-syarat permohonan yang ditetapkan dan langkah-langkah membuat permohonan.
Isi Kandungan
SYARAT PERMOHONAN
Permohonan adalah terbuka untuk calon yang memenuhi syarat berikut:
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
- Pemaustatin Negeri Kelantan
- Melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa
- Tarikh hantar borang permohonan selewat-lewatnya 1 bulan dari tarikh memohon
- Permohonan bantuan zakat ke IPT boleh dibuat sebelum tarikh pendaftaran dan selewat-lewatnya dua bulan selepas tarikh pendaftaran ke IPT tersebut
- Tiada penaja dan bantuan kewangan lain/ elaun/ biasiswa
CARA MOHON
Berikut adalah langkah-langkah membuat permohonan bantuan pelajaran IPT MAIK:
- Pergi ke Portal Rasmi MAIK www.e-maik.my
- Isi permohonan
- Setelah selesai isi, hantar permohonan
- Cetak borang permohonan. Dapatkan sokongan yang berkenaan (Imam/Penggawa/ Ketua Jabatan)
- Serahkan borang permohonan yang dicetak bersama lampiran ke pejabat MAIK
Pemohon yang akan melanjutkan pengajian ke IPT tempatan yang layak juga boleh buat permohonan secara manual dengan mendapatkan borang permohonan lanjutan pengajian ke IPT di kaunter MAIK:
-
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
Kompleks Balai Islam, Lundang
Jalan Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu, Kelantan -
Telefon : +609-7481512
- Emal: maik@e-maik.my
Untuk buat semakan status permohonan, anda boleh KLIK DI SINI.