Permohonan Bantuan Lockdown (Keperluas Asas) Dari Global Peace Malaysia
Global Peace Mission (GPM) Malaysia telah melaksanakan program bantuan Aid For The Needy (AFTN): LOCKDOWN 2.0. Bantuan ini adalah sebuah respon dan inisiatif daripada GPM terhadap arahan lockdown 2.0 yang dilaksanakan pada 1 Jun. Inisiatif ini dilancarkan bagi membantu mereka yang terputus bekalan makanan sepanjang tempoh lockdown.
Agihan bantuan adalah dalam bentuk keperluan asas dan akan diagihkan secara berfasa mengikut tarikh permohonan dilakukan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan bantuan.
Isi Kandungan
BENTUK BANTUAN
Bantuan akan diagihkan kepada keluarga yang memerlukan dalam bentuk berikut:
- PDPE E-Learning
- Barangan basah
- Kotak makanan
- Kit Bayi
- Kit Kebersihan wanita
TARIKH PERMOHONAN & AGIHAN
Agihan bantuan akan dilakukan secara berfasa mengikut tarikh permohonan dilakukan.
Tarikh Permohonan:
- Fasa 1 : 31 Mei – 2 Jun
- Fasa 2 : 3 Jun – 5 Jun
- Fasa 3 : 6 Jun – 8 Jun
- Fasa 4 : 9 Jun – 11 Jun
- Fasa 5 : 12 Jun – 14 Jun
Tarikh Agihan
- Fasa 1 : 3 Jun – 5 Jun
- Fasa 2 : 6 Jun – 8 Jun
- Fasa 3 : 9 Jun – 11 Jun
- Fasa 4 : 12 Jun – 14 Jun
- Fasa 5 : 15 Jun – 17 Jun
CARA MOHON
Individu yang memerlukan bantuan keperluan asas yang ditawarkan dan merupakan golongan yang tidak berkemampuan adalah dipelawa untuk mohon. Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan berikut:
Maklumat serahan dan tempoh bantuan adalah seperti yang tertera di dalam pautan diberikan. Semoga kita dapat putuskan rantaian Covid-19 pada kali ini.