Program Laptop4Siswa: Bantuan Laptop Buat Pelajar Universiti Dari Keluarga B40

Akibat penularan wabak Covid-19 kini meningkat kembali, Kementerian Pengajian Tinggi telah menetapkan semester pertama untuk tahun akademik 2020/2021 adalah bermula bulan Oktober 2020.

Semua program pembelajaran akan diadakan secara dalam talian sehingga 31 Disember 2020. Memahami masalah sesetengah pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan dan mengalami masalah untuk pembelajaran secara online, ADUN Bukit Gasing dengan kerjasama StandUp Malaysia melancarkan kempen Laptop4Siswa.

Ikuti perkongsian di bawah untuk info lanjut mengenai kempen Laptop4Siswa.

KEMPEN LAPTOP4SISWA

Kempen Laptop4Siswa dilancarkan bagi membantu pelajar universiti mendapatkan laptop bagi kegunaan kelas dalam talian. Menurut Rajiv Rishyakaran, ADUN Bukit Gasing, beliau bekerjasama dengan StandUp Malaysia, sebuah organisasi belia tempatan untuk mengumpul dan mengedarkan laptop tersebut kepada pelajar yang memerlukan.

Aliya Ashiqin, pengasas bersama StandUp Malaysia berkongsi cerita mengenai pelajar yang bertemu mereka dan bertanya jika ada laptop yang tidak digunakan. Ini kerana mereka tidak memiliki laptop dan perlu mengikuti kelas dalam talian. Jika di kampus dahulu mereka boleh berkongsi laptop untuk membuat kerja, tetapi berbeza sekarang kerana mereka perlu mengikuti kelas dalam talian di rumah. Dari sinilah timbulnya idea untuk menggerakkan #Laptop4Siswa.

SYARAT KELAYAKAN

Fokus utama kempen ini adalah kepada pelajar yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Terbuka kepada semua pelajar di Malaysia
  • Memiliki kad identiti pelajar yang sah
  • Memiliki surat tawaran belajar universiti
  • WAJIB sertakan slip gaji ibu bapa
  • Pelajar dari keluarga B40
  • Pelajar yang tidak berkemampuan membeli laptop
  • Keluarga yang ada lebih dari seorang di dalam keluarga perlu mengikuti kelas dalam talian

CARA MOHON BANTUAN LAPTOP4SISWA

Kempen Laptop4Siswa telah membuka pendaftaran buat pelajar yang memerlukan sehingga 21 Oktober 2020 dan ia terbuka kepada semua pelajar universiti di Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan di atas.

Permohonan boleh dibuat di pautan berikut:

YANG MAMPU, BOLEH MENDERMA

Sehubungan itu, Rajiv menyeru semua pihak untuk menderma laptop mereka, tidak kira baru atau terpakai, kepada pelajar yang memerlukan. Beliau juga menggalakkan sumbangan berbentuk wang tunai, yang boleh digunakan untuk membaik pulih sebahagian laptop yang diterima, jika perlu.

Sumbangan boleh diberikan secara terus ke pejabat ADUN Bukit Gasing dan akan diedarkan kepada pelajar yang memerlukan di seluruh Malaysia.

Sekiranya anda berminat untuk menyumbang, anda boleh isi borang berikut:

Untuk penyumbang, sebarang pertanyaan boleh diajukan dengan menghubungi pejabat ADUN Bukit Gasing di talian 03-79547490 atau emel ke help@bukitgasing.my, atau hubungi StandUp Malaysia di talian 014-6691320 atau emel ke standup.genderviolence@gmail.com.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma