Individu Pernah Dikuarantin Akibat Covid-19 Boleh Tuntut Bantuan NADMA Sehingga RM1,400
Ramai yang tahu, selain daripada Bantuan Khas Pengurusan Kematian RM5,000 kepada waris, NADMA juga ada menyediakan Bantuan Khas sebanyak RM100 sehari kepada individu yang dikuarantin atau mendapat rawatan akibat pandemik Covid-19. Jika anda dikuarantin, anda boleh buat permohonan sekarang dan tuntut bantuan oleh NADMA.
Semua permohonan yang lengkap dan layak adalah tertakluk kepada semakan data KKM Putrajaya bagi data kuarantin/wad/kematian sebelum diluluskan. Pemohon boleh menyemak status kelulusan selepas 14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima oleh NADMA.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan ditawarkan dan cara buat permohonan Bantuan Khas Kuarantin NADMA.
Isi Kandungan
KADAR BANTUAN
Bantuan Khas Kuarantin akan diberikan kepada pemohon yang layak sebanyak:
- RM100 sehari
- Bantuan RM100 sehari boleh dituntut sehingga 14 hari (maksimum)
- Individu dikuarantin 14 hari boleh menerima sehingga RM1,400
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan mohon Bantuan Khas Kuarantin RM100/hari NADMA:
- Wаrgаnеgаrа Malaysia уаng bеkеrjа tetapi tеlаh kеhіlаngаn ѕumbеr реndараtаn atau tidak dіbауаr gaji ѕераnjаng tеmроh dіkеnаkаn Pеrіntаh Pеngаwаѕаn Dan Pеmеrhаtіаn Bаgі Kontak Cоvіd-19
- Warganegara Mаlауѕіа уаng bеkеrjа tetapi tеlаh kеhіlаngаn sumber реndараtаn аtаu tidak dіbауаr gаjі ѕераnjаng tempoh mеnjаlаnі rawatan di wаd hоѕріtаl (wаrdеd) ekoran COVID-19.
- Menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan Covid-19
Pemohon yang tidak layak memohon adalah terdiri daripada:
- Bukan Warganegara Malaysia
- Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian
- Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian/ menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran Covid-19
SYARAT TERKINI
Berikut adalah tambahan syarat yang dikemaskini oleh NADMA:
- Hanya mereka yang dikuarantin dirawat sebelum atau pada 31 Mac 2022 sahaja layak memohon
- Kuarantin/ rawatan yang bermula pada 1 April 2022 adalah tidak layak
- Tarih akhir permohonan perlu sampai ke NADMA sebelum atau pada 30 April 2022. Permohonan yang diterima selepas dari tarikh ini adalah tidak layak dan tidak akan diproses.
DOKUMEN DIPERLUKAN
Permohonan mestilah dihantar bersama dokumen-dokumen berikut:
- Bоrаng Pеrmоhоnаn Bantuan Khаѕ Cоvіd19 seperti dі Lаmріrаn A (dоkumеn аѕаl)
- Sаlіnаn kаd реngеnаlаn. (Sаlіnаn Dіаkuі Sah)
- Dokumen KKM (Salinan bоrаng perintah pengawasan dan pemerhatian kоntаk Cоvіd-19, ѕаlіnаn borang реlераѕаn dаrіраdа pengawsan dаn реmеrhаtіаn Cоvіd-19, sijil cuti sakit)
- Bоrаng Akuan Kеhіlаngаn Pendapatan seperti di Lаmріrаn B. (Dоkumеn asal)
- Sаlіnаn penyata bank / muka dераn buku akaun. (salinan dіаkuі ѕаh)
CARA MOHON
Individu yang ingin memohon bantuan kuarantin NADMA ini boleh buat permohonan dengan menyediakan borang-borang berkaitan dan sediakan dokumen yang dinyatakan di atas. Borang permohonan boleh dimuat turun di bawah.
Permohonan yang lengkap mestilah dihantar melalui pos ke NADMA di alamat:
- Ketua Pengarah,
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya
Download borang permohonan di bawah:
borang permohonan bantuan khas Covid-19 (Lampiran A)
Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)
Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C)
SEMAKAN STATUS KELULUSAN PERMOHONAN BANTUAN NADMA
Semakan status kelulusan permohonan Bantuan Khas Covid-19 NADMA boleh dibuat di laman berikut:
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh terus email ke NADMA di alamat bkcovid19@nadma.gov.my.