Permohonan Inisiatif Komputer Riba APIUM Kini Dibuka Buat Mahasiswa
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya Akademi Pengajian Islam (KKUM API) sentiasa mendengar suara-suara mahasiswa APIUM berkenaan isu kebajikan pendidikan mahupun apa sahaja perihal kampus yang membebankan.
Oleh itu, satu inisiatif telah diambil dengan melancarkan Skim Bantuan ODL kepada mahasiswa APIUM bagi memastikan kelancaran sesi pembelajaran pada semester akan datang. Permohonan bagi inisiatif pertama di bawah Skim Bantuan ODL iaitu “Inisiatif Komputer Riba APIUM telah pun dibuka.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan bantuan komputer riba buat pelajar.
Isi Kandungan
INISIATIF KOMPUTER RIBA APIUM
Mahasiswa yang layak akan mendapat bantuan dalam bentuk:
- Komputer Riba
SYARAT KELAYAKAN
Antara syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk mohon bantuan komputer riba adalah:
- Merupakan mahasiswa APIUM
- Sedang meneruskan pengajian di APIUM
- Dapat tawaran kemasukan ke APIUM
- Pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah
- Lengkapkan borang permohonan online yang disediakan
CARA MEMOHON
Mahasiswa yang memerlukan bantuan komputer riba boleh buat permohonan secara online di pautan berikut:
Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan permohonan Inisiatif Komputer Riba APIUM, anda boleh terus ke laman Facebook Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya – Akademi Pengajian Islam.