Permohonan Bantuan Khas Warga OKU UiTM Terbuka Buat Pelajar & Staf
Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui Unit Perkhidmatan OKU (UPO) menawarkan Bantuan Khas Warga OKU UiTM terbuka kepada warga UiTM dalam kategori OKU yang berdaftar dengan UPO. Bantuan ditawarkan dalam pelbagai jenis mengikut keperluan pemohon.
Warga UiTM yang melibatkan pelajar dan staf OKU atau staf yang mempunyai tanggungan OKU adalah dipelawa untuk memohon bantuan yang ditawarkan. Borang permohonan boleh didapatkan melalui perkongsian di bawah.
Ikuti perkongsian di bawah untuk panduan membuat permohonan Bantuan Khas Warga OKU UiTM.
Isi Kandungan
JENIS BANTUAN
Antara bantuan ditawarkan kepada pemohon adalah:
- Bantuan alat tiruan/sokongan
- Bantuan rawatan/ terapi
- Lain-lain keperluan semasa
SYARAT PERMOHONAN
Permohonan bantuan adalah terbuka kepada:
- Semua warga OKU UiTM (Pelajar, Staf dan Staf dengan tanggungan OKU)
- Warga UiTM telah berdaftar dengan Unit Perkhidmatan OKU, UiTM
DOKUMEN DIPERLUKAN
Warga UiTM yang memerlukan bantuan boleh buat permohonan dengan menyediakan dokumen berikut:
Permohonan BKWO-UiTM Pelajar/Staf OKU
- Salinan Kad Pengenalan pemohon yang disahkan
- Salinan Kad OKU JKM/ Surat sokongan Doktor (jika belum daftar kad OKU) yang disahkan
- Kad Pelajar/ Kad Staf yang disahkan oleh Koordinator/ Ketua Pusat Pengajian/ Ketua Jabatan/ Ketua PTJ
Permohonan BKWO- UiTM bagi Staf Yang Ada Tanggungan OKU
- Salinan Kad Pengenalan /MyKid/Sijil Lahir/Sijil Angkat pasangan atau tanggungan OKU (mana yang berkenaan) yang disahkan
- Salinan sijil daftar/kad nikah ibu bapa anak OKU (jika berkenaan) yang disahkan
- Salinan Kad OKU JKM/Surat sokongan Doktor tanggungan OKU (Jika belum daftar kad OKU) yang disahkan
- Kad Staf yang disahkan oleh Ketua Jabatan/Ketua PTJ
CARA MEMOHON
Warga OKU UiTM yang ingin buat permohonan boleh download borang permohonan yang disertakan di bawah. Sila emailkan borang permohonan beserta dokumen yang lengkap ke alamat email berikut:
- BKWO.UITM@gmail.com
Keputusan permohonan dan jumlah bantuan adalah berdasarkan kelulusan mesyuarat Unit Perkhidmatan OKU, UiTM. Sebarang pertanyaan boleh emailkan kepada BKWO.UITM@gmail.com.
Klik butang di bawah untuk download borang permohonan: