Permohonan Bantuan Khas Tambahan Minhah Covid-19 RM200 Tunai Kini Dibuka

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) kini membuka tawaran Bantuan Khas Tambahan Minhah Covid-19. Bantuan ini adalah terbuka kepada individu yang sumber pendapatannya benar-benar terjejas susulan pandemik Covid-19.

Bantuan ini bakal memberi manfaat kepada 17,000 individu yang terjejas akibat Covid-19. Sekiranya anda memerlukan bantuan ini, anda boleh mohon sekarang. Permohonan kini dilanjutkan sehingga 20 Disember 2020.

Semak syarat kelayakan dan info lanjut Bantuan Tambahan Minhah Covid-19 di perkongsian bawah.

KADAR BANTUAN

Kadar bantuan akan diberikan kepada individu yang layak seperti berikut:

  • Kadar Bantuan Tambahan Khas Covid-19: RM200

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi penerima bantuan:

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermaustatin di negeri Johor untuk tempoh 3 tahun
  • Pemohon BUKAN penerima bantuan bulanan MAINJ

DOKUMEN DIPERLUKAN

Permohonan mestilah dilengkapi dengan dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Kad Pengenalan pasangan
  • Slip gaji pemohon atau pengesahan pendapatan pemohon (jika berkenaan)

CARA MEMOHON

Permohonan Bantuan Tambahan Khas Covid-19 kini dibuka sehingga 20 Disember 2020. Pemohon perlu melengkapkan borang di pautan ‘Google Forms’ yang disediakan mengikut daerah di bawah:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh terus ke laman web rasmi www.maij.gov.my atau hantarkan email ke alamat zakat@maij.gov.my.

Permohonan Bantuan Khas Tambahan Minhah Covid-19 RM200 Tunai Kini Dibuka

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma