Bantuan Khas Aidilfitri Sabah RM500 Buat Penjawat Awam Negeri
Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan perkhidmatan kontrak, pegawai sambilan harian serta lantikan di bawah MySTEP.
Kerajaan negeri Selangor juga bersetuju untuk memberi bantuan raya kepada penjawat awam negeri Selangor sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000. Kini, kerajaan negeri Sabah juga telah mengeluarkan kenyataan pemberian bonus raya kepada penjawat awam di negeri Sabah.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pemberian bantuan khas aidilfitri Sabah.
Isi Kandungan
KADAR BANTUAN
Seperti diumumkan, kerajaan Sabah akan memberikan bantuan sebanyak:
- RM500 setiap penjawat awam negeri
- RM250 setiap pesara awam negeri
TARIKH BAYARAN
Bayaran bantuan itu akan dibuat serentak dengan gaji bulan Mei iaitu pada:
- 7 Mei 2021
KELAYAKAN BANTUAN
Bantuan tersebut akan memberi manfaat kepada seramai 20,269 kakitangan awam negeri yang berkelayakan seperti berikut:
- Penjawat awam bermula dari gred 54 dan ke bawah
- Termasuk kakitangan badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri
Kerajaan negeri menyambut baik keputusan bayaran bantuan khas kewangan sempena sambutan Aidilfitri yang diumumkan menerusi kenyataan media pejabat Perdana Menteri semalam.
Bantuan itu dikatakan sebagai penghargaan terhadap khidmat bakti dan pengorbanan penjawat awam negeri melaksanakan tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutama ketika menghadapi pandemik Covid-19.