Mohon Bantuan Khas Kewangan Pelajar IPT Anak-Anak Sabah

Sekiranya anda merupakan pelajar anak kelahiran Negeri Sabah dan berjaya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT), anda boleh memohon Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Anak-Anak Sabah yang ditawarkan kepada semua anak kelahiran negeri ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah telah mengeluarkan borang permohonan bagi pelajar anak Sabah yang layak membuat permohonan.

Semak syarat kelayakan dan panduan membuat permohonan di perkongsian bawah.

SYARAT KELAYAKAN

Bantuan khas ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

  • Pelajar merupakan warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah;
  • Salah seorang ibu atau bapa merupakan anak kelahiran negeri Sabah
  • Tidak menerima sebarang tajaan biasiswa daripada mana-mana pihak
  • Pendapatan isi rumah adalah tidak melebihi RM2,000
  • Umur pelajar hendaklah tidak melebihi tiga puluh tahun
  • Sedang melanjutkan pengajian dan berstatus aktif pada tarikh yang ditetapkan semasa pengambilan data pelajar
  • Keutamaan diberikan kepada pelajar yang berasal daripada luar bandar

PERINGKAT PENGAJIAN

Pelajar peringkat pengajian sepenuh masa yang diiktiraf oleh kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia berikut adalah layak mohon:

  • Sijil
  • Diploma
  • Ijazah Pertama

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Sila sertakan salinan dokumen yang telah DISAHKAN berikut untuk membuat permohonan:

  • Borang Bantuan Khas Kewangan Pelajar Sabah (BKPS)
  • Salinan Kad Pengenalan Pelajar (Disahkan)
  • Salinan Sijil Lahir Pelajar (Disahkan)
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu & Bapa Pelajar (Disahkan)
  • Salinan Sijil Lahir Ibu & Bapa Pelajar (Disahkan)
  • Surat Pengesahan Status Pengajian dari IPT
  • Slip Gaji/Surat Pengesahan Pendapatan Ibu Bapa Pelajar (Disahkan)
  • Salinan Penyata Akaun

CARA MEMOHON

Sekiranya anda melepasi syarat-syarat kelayakan dan ingin memohon, anda diminta untuk sediakan dokumen yang dinyatakan di atas dan muat turun borang permohonan serta senarai semak di bawah:

BORANG PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN KHAS IPT SABAH

SENARAI SEMAK DOKUMEN

Borang permohonan yang lengkap bersama dokumen sokongan mestilah dihantar kepada Bahagian Biasiswa Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma