axis bank horny bhabhi scandal.visit the website xxx videos
yeahporn.top horny man makes al kinds of tricks with shaved wet fur pie.
www.pornforbuddy.com

Permohonan Bantuan Yuran & Sara Hidup Pengajian Pelajar OKU Di IPT Sehingga RM20,000

Bantuan Kewangan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) merupakan keistimewaan yang diberikan kepada pelajar OKU yang disediakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Oleh itu, ianya harus dibezakan dengan kemudahan-kemudahan lain yang turut diterima oleh pelajar bukan OKU.

Ini bermakna sekiranya seseorang pelajar OKU itu menerima biasiswa atau kemudahan lain yang juga turut dinikmati oleh pelajar bukan OKU, maka pelajar OKU tersebut adalah layak menerima elaun ini.

Elaun khas tawaran Bahagian Biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ini tidak mengambil kira taraf pendapatan sebagai syarat kelayakan.

SKOP PEMBIAYAAN ELAUN KHAS

Skop pembiayaan OKU adalah tertumpu kepada institusi yang terletak dibawah pengurusan dan kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) iaitu semua IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja.

Skop peringkat pengajian pula adalah tertakluk kepada tafsiran pengajian tinggi (tertiary) iaitu peringkat diploma dan ke atas sahaja. Walau bagaimanapun, kursus peringkat sijil jangka panjang di politeknik dan kolej komuniti yang di bawah tanggungjawab KPM boleh dipertimbangkan untuk elaun khas OKU ini.

Pelajar OKU yang menuntut di institusi-institusi latihan bukan bertaraf IPT yang dikawal oleh kementerian-kementerian lain dan institusi-institusi pengajian tinggi luar negara adalah di luar skop pembiayaan.

TEMPOH PEMBIAYAAN

Tempoh ini adalah tertakluk kepada surat tawaran asal institusi pengajian dan tidak melebihi tempoh maksimum penajaan seperti berikut:

  • Sijil – 2 Tahun (Kolej Komuniti dan Politeknik Sahaja (Had Pembiayaan RM5,000.00 sehingga RM10,000.00))
  • Diploma – 3 Tahun (Had Pembiayaan RM5,000.00 sehingga RM15,000.00)
  • Sarjana Muda – 4 Tahun (Had Pembiayaan RM5,000.00 sehingga RM20,000.00)
  • Diploma Lepasan Ijazah – 2 Tahun (Had Pembiayaan RM5,000.00 sehingga RM10,000.00)
  • Sarjana – 2 Tahun (Had Pembiayaan RM5,000.00 sehingga RM10,000.00)
  • Ph.D – 4 Tahun (Had Pembiayaan RM5,000.00 sehingga RM20,000.00)

SYARAT BANTUAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat berikut sahaja akan dipertimbangkan permohonannya:

  • Pelajar warganegara Malaysia;
  • Pelajar berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan telah mempunyai kad OKU;
  • Kursus yang diikuti hendaklah diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
  • Pelajar OKU yang menerima pinjaman pelajaran atau pembiayaan sendiri adalah layak menerima elemen wangsaku dan yuran pengajian. Penerima biasiswa pula layak mendapat wang saku sahaja;
  • Pelajar hendaklah sedang melanjutkan pengajian di mana-mana universiti awam atau IPTS (bawah seliaan KPT) atau Kolej Komuniti dan Politeknik;
  • Pelajar yang mengikuti kursus separuh masa atau pengajian jarak jauh layak menerima bantuan kewangan ini;dan
  • Pelajar OKU hendaklah bukan dalam tempoh cuti belajar bergaji (penuh/sebahagian).Bagi pelajar yang ingin memohon pelanjutan tempoh pengajian adalah tidak layak mendapat bantuan dalam proses pelanjutan tersebut. Hal ini kerana tempoh tajaan Bantuan kewangan ini adalah mengikut tempoh surat tawaran asal. Pelajar yang ingin menukar tempat pengajian dalam tempoh pembiayaan BKOKU, hendaklah maklum kepada pihak kementerian secara bertulis dan juga kepada pihak institusi pengajian sebelum dari tempoh lapor diri di tempat pengajian baru

KAEDAH BAYARAN BANTUAN

Orang Kurang Upaya (OKU)

a) Pelajar Sepenuh Masa (wang saku dan yuran pengajian)

  • Bantuan meliputi wang saku dan yuran pengajian yang kedua-duanya tidak melebihi RM5,000/setahun atau RM20,000 sepanjang tempoh pengajian pada satu peringkat pengajian (jika pinjaman pelajaran atau pembiayaan sendiri sahaja). Penerima biasiswa pula hanya layak wang saku sahaja.
  • Kadar bantuan adalah wang saku RM300/bulan dan bakinya adalah bantuan yuran tertakluk kepada RM5000 setahun bagi kedua-dua elemen. Sekiranya jumlah wang saku dan yuran pengajian tidak mencapai RM5000 setahun, lebihan tersebut tidak akan dibayar kepada pelajar dan tidak akan dibawa ke hadapan.
  • Penetapan kadar bayaran adalah berdasarkan kepada tahun kalendar. Ini bermakna tempoh yang layak adalah bermula dari tuntutan pertama dibuat dalam tahun semasa.
  • Walau bagaimanapun, pelajar boleh memilih samada untuk bantuan bagi kedua-dua elemen bayaran atau yuran pengajian sahaja dalam tahun tersebut.
  • Bayaran akan dibuat berdasarkan tarikh tuntutan semasa dan tidak akan dikebelakangkan. Tuntutan untuk semester yang telah berlalu adalah tidak dibenarkan.

b) Pelajar Separuh Masa/ Jarak Jauh (yuran pengajian sahaja)

  • Bantuan tidak melebihi RM5,000 setahun atau RM20,000 sepanjang tempoh pengajian pada satu peringkat pengajian tertakluk kepada RM5,000 setahun. Penerima biasiswa termasuk yuran pengajian tidak layak menerima bantuan ini.
  • Bayaran yuran pengajian akan dibuat terus kepada IPT berkenaan pada setiap semester tertakluk kepada invois lengkap yang diterima; dan
  • Bayaran akan dibuat berdasarkan tarikh tuntutan semasa dan tidak akan dikebelakangkan. Tuntutan untuk semester yang telah berlalu adalah tidak dibenarkan.

Program Pendidikan Khas (PPK)

i. Skop pembiayaan PPK adalah tertumpu kepada Kolej Komuniti dan Politeknik terpilih sahaja dari Sijil Kemahiran Khas.

ii. Kadar Bayaran PPK adalah sebanyak :

  • RM 3660/Semester 1 sahaja.
  • RM 3360/Semester 2 hingga 4.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Pemohon mestilah sediakan dokumen-dokumen berikut untuk membuat permohonan:

Bantuan Elaun Wang Saku Dan Yuran Pengajian OKU

  • Borang Permohonan
  • Salinan Kad Pengenalan Pelajar;
  • Salinan Kad Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);
  • Salinan Kad Pendaftaran / Pelajar;
  • Salinan surat tawaran pengajian;
  • Salinan keputusan peperiksaan terkini (bagi pelajar sedia ada);
  •  Salinan buku akaun BIMB sahaja;
  • Invois asal yuran pengajian semester semasa yang dikeluarkan oleh institusi pengajian (jika tuntutan yuran belum dijelaskan oleh pelajar) / resit asal pembayaran yuran pengajian oleh pelajar (jika tuntutan yuran telah dijelaskan oleh pelajar).

Bantuan Program Pendidikan Khas

  • Borang Permohonan
  • Salinan Kad Pengenalan Pelajar;
  • Salinan Kad Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);
  • Salinan Kad Pendaftaran / Pelajar;
  • Salinan surat tawaran pengajian;
  • Salinan keputusan peperiksaan terkini (bagi pelajar sedia ada);
  • Salinan buku akaun BIMB sahaja;

CARA MEMOHON

Pelajar perlu membuat permohonan secara dalam talian dengan memastikan salinan dokumen yang dinyatakan dalam permohonan dimuat naik lengkap di laman permohonan berikut:

Pelajar tidak perlu menghantar dokumen dan Salinan dokumen ke Bahagian ini.

Hanya Invois Asal yang perlu dikemukakan kepada Bahagian ini secara pos atau serahan tangan ke alamat:

  • Kementerian Pengajian Tinggi
    Bahagian Biasiswa,
    Unit Pra Perkhidmatan
    Arau 2, No. 2 Menara 2,
    Jalan P5/6 Presint 5,
    62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
  • Tel: 03- 8888 1616
  • Laman web: https://biasiswa.mohe.gov.my/bk_oku/
Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
https://baseofporn.com
https://www.opoptube.com

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma