Tawaran Bantuan Kewangan Asasi RM3,920 & Elaun Penerbangan RM1,000 Untuk Lepasan SPM
Bantuan Kewangan Asasi IPTA adalah program bertaraf asasi yang diwujudkan di Kementerian Pendidikan Tinggi berikutan pemindahan tanggungjawab dari Kementerian Pendidikan Malaysia setelah KPT diwujudkan. Program bantuan kewangan ini mula ditawarkan bermula sesi pengambilan pelajar 2005/2006.
Kini KPT membuka semua permohonan bagi lepasan SPM 2020 yang akan melanjutkan pengajian peringkat Asasi sesi 2021/2022. Pelajar-pelajar golongan B40 dan M40 dengan pendapatan keluarkan kurang daripada RM10,959 yang mengikuti program asasi di Universiti Awam dipelawa untuk mohon.
Baca info selanjutnya dan cara membuat permohonan di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
JUMLAH BANTUAN
Jumlah keseluruhan bantuan adalah RM3,920.00 sepanjang tempoh pengajian bagi setiap pelajar, tidak termasuk elaun tambang penerbangan. Pecahan adalah seperti berikut:
- Yuran Pengajian & Penginapan: RM1,420
- Elaun Sara Hidup: RM2,500
- Elaun Tambang Penerbangan: RM100 – RM1,000
Tambang Penerbangan:
- Sabah ke Semenanjung/ Semenanjung Ke Sabah: RM1,000
- Labuan Ke Semenanjung / Semenanjung Ke Labuan: RM900
- Sarawak ke Semenanjung / Semenanjung ke Sarawak: RM700
- Sabah ke Sarawak / Sarawak ke Sabah: RM500
- Labuan ke Sarawak / Sarawak ke Labuan: RM400
- Labuan ke Sabah / Sabah ke Labuan: RM100
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi membuat permohonan Bantuan Kewangan Asasi 2021:
- Warganegara Malaysia
- Had pendapatan bulanan keluarga tidak melebihi RM10,959 pada tahun 2021
- Tidak menerima bantuan kewangan/ biasiswa selain daripada Bantuan Kewangan Asasi sepanjang tempoh pengajian
13 UNIVERSITI AWAM TERPILIH
Pemohon mestilah melanjutkan pengajian di peringkat asasi di 13 Universiti Awam berikut:
- UM
- UiTM
- UKM
- UUM
- UniSZA
- UPM
- USIM
- UMT
- UMS
- UPNM
- Unimas
- UMK
- UIA
TARIKH PERMOHONAN
Permohonan Bantuan Kewangan Asasi 2021 boleh dibuat sehingga tarikh berikut:
- Tarikh tutup permohonan: 1 Oktober 2021
CARA MOHON
Permohonan boleh dibuat melalui universiti masing-masing semasa pendaftaran. Pastikan anda semak kelayakan melalui portal KPT di pautan berikut:
Masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik SEMAK.
Hantar borang dan perjanjian yang telah dilengkapkan kepada pihak universiti. Untuk maklumat lanjut berkenaan permohonan Bantuan Kewangan Asasi, anda boleh rujuk terus ke pihak IPTA masing-masing.