Bantuan Kecemasan Mangsa Banjir RM500 Dibayar 15 Februari 

Sebelum ini kerajaan Terengganu telah mengumumkan pengagihan bantuan kecemasan buat mangsa banjir adalah pada pertengahan Januari 2021 iaitu 15 Januari. Namun, pengagihan bantuan tunai pada tarikh berikut terpaksa ditangguh disebabkan berdepan dengan banjir gelombang kelima.

Namun kerajaan Terengganu akan mengagihkan bantuan kecemasan sekali bayar itu kepada mangsa banjir di negeri ini pada pertengahan Februari.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan kecemasan yang diberikan.

MANGSA BANJIR YANG LAYAK

Bantuan sekali bayar ini akan diberikan kepada:

  • Mangsa banjir di Terengganu
  • Mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS)

KADAR BANTUAN KECEMASAN

Bantuan kecemasan kepada mangsa banjir di Terengganu adalah sebanyak:

  • RM500 sekali bayar

TARIKH BAYARAN BANTUAN KECEMASAN

Jika tiada berlaku banjir lagi selepas ini, kerajaan jangka akan agihkan bantuan itu sekitar minggu pertama atau kedua Februari iaitu pada:

  • 15 Februari 2021.

Kerajaan negeri berharap bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan yang terpaksa ditanggung kesemua mangsa banjir di negeri ini. Dalam pada itu, kerajaan yakin kesemua mangsa banjir di negeri ini telah memperoleh bantuan berupa barangan keperluan asas seperti barangan dapur dan keperluan isi rumah.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma