Mohon Bantuan Tabung Kebajikan Pelajar UKM Untuk Sebarang Bencana
Pusat Hal Ehwal Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (HEP – UKM) menawarkan Skim Tabung Kebajikan Pelajar UKM untuk memberikan bantuan kepada pelajar yang ditimpa kemalangan secara langsung atau tidak langsung.
Pelajar UKM yang memerlukan bantuan kewangan boleh buat permohonan dengan langkah-langkah yang dikongsikan di bawah.
Baca juga: Mohon Skim Tabung Endowmen Bantuan Pelajar Untuk Sesi Pembelajaran (STEBP) UKM
Isi Kandungan
BANTUAN YANG DISEDIAKAN
Berikut adalah senarai bantuan yang disediakan di bawah skim ini:
- Kematian
- Kematian ibu/bapa/penjaga pelajar
- Kematian suami/isteri dan anak pelajar
- Kematian ahli keluarga pelajar (abang/adik)
ELAUN KEMASUKAN WAD
Elaun Kemasukan Wad disediakan kepada:
- Pelajar dirawat di Hospital semasa Cuti Semester
- Pelajar dirawat di Hospital semasa Semester
KES-KES KHAS
Bantuan ini juga disediakan untuk kes-kes khas berikut:
- Akibat bencana alam atau kebakaran, banjir, kecurian dan kemalangan
- Kematian libatkan dua ahli atau lebih ahli keluarga dalam satu masa
- Kes Sakit Kronik /Rawatan Perubatan Pelajar/Peralatan Perubatan
- Kes-kes lain yang telah dinyatakan di atas yang kemungkinan terjadi kepada pelajar
SYARAT KELAYAKAN
Semak syarat kelayakan permohonan bantuan berikut:
- Semua pelajar tempatan UKM yang berdaftar di UKM sepanjang pengajian dan belum disahkan oleh senat sebagai layak bergraduan adalah layak untuk memohon tabung ini.
- Tidak didapati bersalah atau sesuatu kesalahan tatatertib atau bukan sedang menunggu prosiding tatatertib.
- Setiap permohonan pelajar akan diproses dan diteliti menerusi kaedah-kaedah yang akan ditentukan oleh Urusetia seperti temubual, kunjungan hormat dan sebagainya mengikut keperluan semasa.
PROSES PERMOHONAN
Permohonan perlu dibuat oleh pelajar atau rakan pelajar/waris. Dua salinan borang permohonan beserta 2 salinan dokumen sokongan perlu dihantar ke Unit Kebajikan HEP-UKM. Borang permohonan boleh didapati di pautan berikut:
DOKUMEN SOKONGAN
Berikut adalah salinan dokumen sokongan yang diperlukan untuk membuat permohonan:
- Kad matrik pelajar
- Kad pengenalan pelajar/ waris
- Sijil kematian
- Surat Permohonan
- Laporan perubatan
- Laporan polis
- Latar belakang pelajar
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh terus ke Unit Kebajikan, Pusat Hal Ehwal Pelajar Aras 7, Bangunan PUSANIKA UKM atau hubungi talian 03 8921 4368 / 5060 / 3229.