Tawaran Bantuan Ihsan Komputer 2.0 Terbuka Buat Pelajar IPT Bumiputera

Kerajaan Negeri Sabah masih menyediakan bantuan BAIK iaitu bantuan ihsan komputer, tetapi sasaran kali ini adalah pelajar-pelajar anak Sabah dibawah e-kasih Miskin Tegar yang sedang belajar di IPT yang tidak mampu membeli komputer untuk pembelajaran. Bantuan BAIK kali ini melibatkan RM1 juta dan akan memberi faedah kepada 600 pelajar.

Permohonan adalah terbuka kepada pelajar-pelajar IPT berstatus Bumiputera berasal dari Sabah yang memerlukan komputer untuk tujuan pembelajaran.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran Bantuan Ihsan Komputer 2.0 dan panduan buat permohonan.

BANTUAN IHSAN KOMPUTER 2.0

Tawaran Bantuan Ihsan Komputer 2.0 (BAIK 2.0) menawarkan bantuan kepada pelajar IPT yang merangkumi:

  • Bantuan komputer riba

SYARAT PERMOHONAN

Tawaran adalah terbuka kepada rakyat negeri Sabah yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Permohonan terbuka kepada pelajar-pelajar IPT berstatus Bumiputera berasal dari Sabah yang memerlukan komputer untuk tujuan pembelajaran
  • Satu komputer hanya untuk satu Ketua Isi Rumah (KIR) sahaja
  • Ibu dan bapa atau penjaga dalam golongan e-Kasih
  • Memberikan justifikasi keperluan komputer riba
  • Permohonan boleh dibuat secara online dan manual

DOKUMEN DIPERLUKAN

Permohonan mestilah dihantar bersama dokumen-dokumen berikut:

  • Borang Permohonan Bantuan Komputer 2.0 (BAIK 2.0)
  • Salinan Kad Pengenalan ibu bapa dan pemohon.
  • Salinan Slip Gaji/Pengesahan Pendapatan ibu bapa.
  • Salinan Tawaran dan Pengesahan Pelajar daripada IPTA/IPTS.

CARA MOHON

Sekiranya anda memerlukan bantuan komputer riba ditawarkan melalui Bantuan Ihsan Komputer 2.0 dan memenuhi syarat kelayakan dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan dengan mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun di bawah:

BORANG PERMOHONAN BANTUAN IHSAN KOMPUTER 2.0

Permohonan yang tidak lengkap, tidak akan diproses. Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai BAIK 2.0, anda boleh terus ke laman web https://mttk.sabah.gov.my/ atau hubungi Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas di talian 088 369897.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma