Bantuan Geran Perniagaan Sehingga RM10,000 Rakyat Johor

Berita baik untuk rakyat Johor! Kerajaan Negeri Johor kini menawarkan bantuan geran perniagaan sehingga RM10,000. Program ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Johor dan diuruskan sepenuhnya oleh Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd (PUJB) menerusi titik sentuhan Bajet Johor 2019.

Pemohon yang telah layak menerima bantuan ini akan memperoleh manfaat dari program dalam bentuk bantuan peralatan atau mesin.

Sekiranya anda berminat untuk memohon, dapatkan maklumat lanjut mengenai butiran syarat permohonan, kluster yang ditawarkan dan prosedur untuk membuat permohonan.

GERAN ORANG LOKAL

Bantuan Geran Perniagaan Sehingga RM10,000 Untuk Rakyat Johor

Geran Orang Lokal merupakan bantuan untuk usahawan mikro adalah bantuan yang bernilai sehingga RM10,000. Usahawan mikro adalah usahawan yang mempunyai jualan tahunan  berjumlah kurang daripada RM300,000 dan mempunyai kurang daripada 5 orang pekerja.

KLUSTER PERNIAGAAN YANG LAYAK MEMOHON

  • Jahitan
    Merangkumi bidang berkaitan jahitan pakaian, langsir dan alas meja.
  • Automotif
    Merangkumi bidang berkaitan kenderaan bermotor seperti bengkel motosikal dan kereta.
  • Pendidikan
    Merangkumi bidang perkhidmatan yang berkaitan pendidikan seperti pusat tuisyen, pusat asuhan dan tadika.
  • Spa & kecantikan
    Merangkumi bidang berkaitan spa dan kecantikan.
  • Gunting rambut
    Merangkumi bidang perkhidmatan berkaitan dandanan rambut.
  • Percetakan
    Merangkumi bidang berkaitan percetakan dan lain-lain.

SYARAT PERMOHONAN

  • Penduduk tetap Negeri Johor & bermaustatin sekurang-kurangnya 5 tahun.
  • Berumur 18 – 65 tahun
  • Perniagaan beroperasi di Negeri Johor
  • Belum pernah menerima bantuan daripada kerajaan Negeri Johor dalam tempoh 3 tahun
  • Tiada tunggakan pinjaman atau sewaan
  • Perniagaan beroperasi selama 6 bulan mengikut tarikh daftar SSM
  • Salinan penyata akaun syarikat yang aktif untuk 6 bulan atau penyata akaun simpanan
  • Sertakan bersama gambar premis dan perniagaan

PROSEDUR PERMOHONAN

Untuk membuat permohonan, anda mestilah ikuti prosedur yang ditetapkan

  1.  Muat turun borang permohonan di Facebook Perbadanan Usahawan Johor.
    Anda juga boleh dapatkan borang permohonan yang disediakan di bawah.
  2. Lengkapkan borang permohonan dan sediakan dokumen yang diperlukan seperti:
    a) Borang permohonan yang lengkap
    b) Salinan kad pengenalan
    c) Salinan SSM
    d) 6 bulan penyata akaun
    e) Gambar premis perniagaan
    f) Sebut harga dari pembekal
  3. Permohonan mestilah dihantar sebelum atau pada 15 Mac 2020 jam 3 petang

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN

LOKASI HANTAR PERMOHONAN

Setelah anda lengkapkan borang permohonan dan sediakan dokumen yang diperlukan, hantar dokumen anda ke alamat berikut:

  • Pejabat Perbadanan Usahawan Johor (PUJB)
    No.24, Jalan Iskandar Puteri 1/3 Iskandar,
    Puteri Commercial Centre,
    Taman Nusantara Prima,
    81550 Gelang Patah, Johor Malaysia
Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma