MAIWP: Permohonan Bantuan Deposit Membeli Rumah Kos Rendah

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyediakan Bantuan Deposit Membeli Rumah Kos Rendah bagi membantu asnaf menjalani kehidupan dengan baik dan sempurna serta memiliki rumah yang selesa. Bantuan yang diberikan ini adalah bagi membantu golongan yang layak dalam meringankan beban memiliki rumah sendiri.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan dan cara untuk membuat permohonan.

Isi Kandungan

SYARAT UMUM

Antara syarat umum yang perlu dipenuhi adalah:

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah (kira kelayakan Had al-Kifarah)

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:

  • Borang permohonan (download borang di bawah)
  • Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
  • Satu salinan kad pengenalan:
    – Pemohon
    – Suami
    – Isteri
    – Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau akaun sumpah penjagaan [ Contoh Surat Akuan Sumpah Penjagaan ]
  • Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO . Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Sumpah. [ Contoh Surat Akuan Sumpah Pendapatan ]
    *Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung
  • Satu salinan bil utiliti / cukai pintu
  • Satu salinan dokumen perjanjian jualbeli (S&P)
  • Satu salinan surat tawaran pembiayaan perjanjian dari institusi kewangan/dokumen jaminan kewangan (contoh: KWSP)

LAIN-LAIN DOKUMEN BERKAITAN

Lain-lain dokumen yang diperlukan berkaitan dengan permohonan adalah:

  • Keluarga Bercerai – Satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.
  • Ahli keluarga telah meninggal dunia – Satu salinan sijil kematian ibu / bapa / suami / isteri.
  • Saudara Baru – Satu salinan kad memeluk Islam.
  • Orang Kelainan Upaya – Salinan kad orang kelainan upaya (OKU).
  • Penghidap sakit kronik – Surat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja.
  • Sedang mengikuti pengajian di IPT – Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar.
  • Keluarga bermasalah – Satu salinan laporan polis/ surat penjara.
  • Muflis – Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi.

CARA MEMOHON

Borang permohonan yang telah siap diisi dan disertakan dengan dokumen yang diperlukan boleh dihantar terus dengan hadir sendiri ke kaunter Baitumal MAIWP di alamat berikut:

  • Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan,
    Aras G,1,20,22,
    Bangunan PERKIM No. 150,
    Jalan Ipoh
    Kuala Lumpur 51200 Malaysia

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke kaunter Baitumal MAIWP atau layari laman web rasmi MAIWP.

Anda boleh download borang permohonan di pautan berikut:

BORANG PERMOHONAN BANTUAN MAIWP

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma