Permohonan Bantuan Dana Siswa HEPA UMT Dibuka Buat Pelajar B40
Pejabat Hal Ehwal Pelajar (PHEP) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) kini membuka tawaran Bantuan Dana Siswa HEPA UMT untuk pelajar B40 yang berkelayakan. Bantuan ini disasarkan bagi meneruskan proses pembelajaran para siswazah dengan lebih lancar demi mencapai kejayaan akademik yang lebih cemerlang.
Sekiranya anda berkelayakan dan memerlukan bantuan ditawarkan, anda boleh buat permohonan melalui laman permohonan disediakan sehingga 15 Jun 2022.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
TEMPOH PERMOHONAN
Permohonan Dana Siswa HEPA UMT dibuka sepanjang tempoh berikut:
- 8 Jun hingga 15 Jun 2022
SYARAT PERMOHONAN
Tawaran bantuan Dana Siswa HEPA UMT dibuka kepada pelajar yang memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Terbuka kepada semua pelajar pra-siswazah
- Terbuka kepada pelajar keluarga B40
- Keutamaan kepada pelajar yang mengalami masalah kewangan kritikal
KAEDAH MOHON BANTUAN
Permohonan boleh dibuat sepanjang tempoh ditetapkan dengan ikut langkah berikut:
- Log In MyNEMO
- Klik HEPA
- Pilih MY IHSAN
- Klik PERMOHONAN BARU
- Isi/ kemaskini PROFIL PEMOHON
- Pilih DANA ASNAF
- Isi maklumat berkaitan
- Hantar untuk PENGESAHAN
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan bantuan Dana Siswa ditawarkan, anda boleh hubungi talian berikut:
- Seksyen Tajaan dan Kebajikan Pelajar,
Pejabat Hal Ehwal Pelajar
Universiti Malaysia Terengganu - Tel: 09 668 4233
- Faks: 09 668 4364