Tawaran Bantuan Bencana Banjir RM500 Buat Pelajar Universiti Terlibat Banjir

Jabatan Hal Ehwal Pelajar mengalu-alukan kepada pelajar yang telah mengalami musibah atau kerosakan harta benda (rumah kediaman tetap) akibat bencana banjir kilat, untuk mengemukakan permohonan bantuan bencana banjir seperti yang dimaklumkan.

Memahami masalah ramai mahasiswa universiti yang terlibat dengan bencana banjir di pelbagai negeri, bantuan ini disediakan dengan harapan dapat membantu pelajar dari segi kewangan untuk meneruskan kehidupan selepas banjir.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan Bantuan Bencana Banjir UMS.

SYARAT KELAYAKAN

Pelajar yang layak memohon adalah seperti berikut:

  • Pelajar UMS sepenuh masa
  • Berstatus aktif dalam pengajian

DOKUMEN PERMOHONAN

Pemohon mestilah kemukakan dokumen permohonan berikut:

  • Gambar kerosakan harta benda
  • Senarai kerosakan yang disahkan oleh Ketua Kampung atau Laporan Polis

CARA MEMOHON

Sebarang pertanyaan berkaitan bantuan yang ditawarkan dan cara mengemukakan permohonan boleh dibuat dengan hubungi Bahagian Kebajikan dan Kewangan Pelajar Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS  di talian berikut:

  • Puan Masnahneh Masdin
    Email: masnahneh@ums.edu.my
    Tel: 012 – 8633624

Tawaran Bantuan Bencana Banjir RM500 Buat Pelajar Universiti Terlibat Banjir

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma