Permohonan Bantuan Musibah Buat Pelajar UMK Yang Terlibat Bencana Banjir
Pelajar dan Alumni (HEPA) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kini dalam proses mendapatkan maklumat mahasiswa/ mahasiswa yang terlibat dan terkesan dengan bencana banjir yang melanda pada tahun ini.
Kepada pelajar-pelajar UMK yang kediaman mereka ditimpa bencana banjir, boleh mengisi Borang Permohonan Bantuan Musibah untuk mendapatkan bantuan sewajarnya.
Ikuti perkongsian di bawah untuk semak senarai dokumen yang perlu disediakan dan cara membuat permohonan.
Isi Kandungan
SYARAT PERMOHONAN
Permohonan mestilah dilengkapi dengan syarat-syarat berikut:
- Merupakan pelajar UMK
- Dapat memberi bukti kerosakan akibat bencana banjir
- Mempunyai pengesahan Pihak Berkuasa Tempatan/ Penghulu/ Ketua Kampung
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan:
- Borang Permohonan Bantuan Musibah
- Salinan Kad Pengenalan pelajar
- Surat Pengesahan Pihak Berkuasa Tempatan/ Penghulu/ Ketua Kampung
- Salinan Laporan Polis
- Gambar Kediaman dan Kerosakan
- Senarai Kerosakan / Kerugian Pelajar
- Penyata Akaun Bank (Bank Islam)
CARA MOHON
Pihak UMK menyeru mahasiswa/i yang terkesan dengan banjir untuk mengisi templat yang disediakan di pautan berikut:
Borang Permohonan Bantuan Musibah boleh didapati di bawah:
BORANG PERMOHONAN BANTUAN MUSIBAH
Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, anda boleh hubungi talian 09-7717036 (UMK Kampus Kota) / 09-7797409 (UMK Bachok) atau emel btkp.hepa@umk.edu.my.