Kerajaan Umum Bantuan Bayaran Ujian Memandu Untuk Lesen Motosikal B2, Lesen Teksi, Bas & E-Hailing

Hari ini 24 Februari 2023, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Dewan Rakyat. Ia belanjawan pertama dibentangkan di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.

Antara lain, Belanjawan 2023 Malaysia Madani pada Jumaat bakal mencuri perhatian rakyat memandangkan Anwar kembali untuk mengemukakan pelan nasional yang dijangka merangkumi peruntukan bagi bidang digitalisasi, sekuriti makanan dan industri kecil sederhana.

Perdana Menteri pada 20 Disember lalu membentangkan peruntukan khas (bajet mini) di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang berkuat kuasa 1 Januari 2023 bagi tujuan perbelanjaan perkhidmatan membabitkan wang sejumlah RM107,718,676,650.

KERAJAAN AKAN MENANGGUNG BAYARAN UJIAN MEMANDU

Seperti diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2023, kerajaan akan menanggung bayaran untuk:

  • Lesen motosikal kelas B2
  • Lesen teksi
  • Lesen bas
  • e-Hailing

Nota: Maklumat lanjut berkenaan bantuan ini akan diumumkan kemudian

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma