Lanjutan Moratorium & Penjadualan Semula Pinjaman MARA Serta Diskaun Sewa Premis MARA

Penularan pandemik Covid-19 memberi kesan yang sangat ketara kepada rakyat Malaysia terutama individu yang menjalankan perniagaan dan yang terpaksa diberhentikan kerja. Demi menjaga kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan, kerajaan sentiasa komited menyalurkan pelbagai bantuan.

Baru-baru ini kerajaan telah melaksanakan pakej bantuan terbaru iaitu pakej bantuan Permai yang menyediakan 22 jenis bantuan kepada rakyat Malaysia. Salah satu bantuan yang dinyatakan dalam pakej bantuan Permai adalah bantuan buat peminjam MARA dan penyewa Premis MARA.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan peminjam MARA.

PENJADUALAN SEMULA & MORATORIUM PINJAMAN MARA

Bagi peminjam MARA, MARA akan meneruskan program MARA PRIHATIN Peace of Mind 2.0, di mana peminjam boleh memohon untuk:

  • Penjadualan semula bayaran balik kemudahan pinjaman pelajaran MARA
  • Lanjutan moratorium pinjaman MARA

Sebagai tambahan, usahawan MARA yang terkesan akibat Covid-19, PKP dan bencana banjir boleh membuat Program Penjadualan Semula Pembiayaan Perniagaan MARA.

Golongan Sasaran

Golongan sasaran bagi penjadualan semula dan lanjutan tempoh moratorium adalah:

  • Peminjam pinjaman pelajaran MARA
  • Usahawan MARA
  • Penyewa premis perniagaan MARA

Tempoh Bantuan Bayaran Balik Pinjaman MARA

Peminjam MARA boleh mohon lanjutan moratorium atau penjadualan semula bayaran balik pinjaman sehingga:

  • 31 Mac 2021

DISKAUN SEWA PREMIS MARA

Selain itu bagi penyewaan premis perniagaan, MARA telah bersetuju untuk memberi diskaun  seperti berikut:

  • 30% diskaun sewa premis MARA
  • Diskaun bagi tempoh 6 bulan
  • Mulai November 2020 hingga April 2021

Kerajaan juga menyarankan lebih banyak agensi dan syarikat untuk terus menawarkan penjadualan semula pinjaman dan diskaun sewa premis perniagaan.

Semua PKS di seluruh negara akan terima Geran Khas Prihatin Tambahan sehingga RM1,000 tidak lama lagi. Baca info GKP Tambahan DI SINI.

Baca juga: Bantuan Tambahan JKM: Bantuan Makanan RM100 Setiap Keluarga & Bantuan Komuniti Kumpulan Rentan

POTONGAN CUKAI KHAS BAGI PENGURANGAN SEWA

Bagi mengurangkan bebanan PKS, Kerajaan telah memberi potongan cukai khas kepada syarikat yang memberi pengurangan sewa premis perniagaan sekurang-kurangnya 30 peratus mulai :

  • 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021 *Dilanjutkan sehingga 30 Jun 2021

Berdasarkan kepada keadaan ekonomi semasa, potongan khas ini akan diperluaskan untuk meliputi pengurangan sewaan yang diberi kepada syarikat bukan PKS. Tempoh potongan khas ini juga akan dilanjutkan sehingga 30 Jun 2021. Selain itu, Pembangunan Sumber Manusia Berhad akan mengecualikan levi majikan bagi syarikat yang tidak dapat beroperasi semasa tempoh PKP dan PKPB.

Premis bagi 6 sektor perniagaan juga akan menikmati diskaun bil elektrik sehingga 10% setiap bulan. Baca selanjutnya DI SINI.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma