Bank Rakyat Kini Buka Permohonan Penangguhan Pinjaman Atau Kurangkan Ansuran Bulanan 50%

Bank Rakyat telah memaklumkan pelanggan daripada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) boleh memilih sama ada mahu menangguhkan ansuran bulanan selama 3 bulan atau mengurangkan ansuran bulanan sehingga 50 peratus selama enam bulan bermula.

Permohonan untuk Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bank Rakyat bagi kategori B40, M40 dan Perusahaan Mikro kini telahpun dibuka melalui beberapa kaedah.

Semak syarat kelayakan permohonan bantuan dan kaedah permohonan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bank Rakyat di perkongsian bawah.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Bank Rakyat dalam kenyataannya berkata, kelayakan untuk permohonan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar adalah seperti berikut:

  • Pelanggan kategori B40:
    – Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
  • Pelanggan kategori M40:
    – Berdaftar dalam pangkalan data Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
  • Perusahaan Mikro:
    – Jumlah kelulusan pembiayaan sehingga RM150,000 bagi setiap kemudahan
    – Perolehan jualan kurang daripada RM300,000 setahun
    – Mempunyai kurang daripada lima pekerja sepenuh masa
Nota: Golongan M40 mestilah membuat pengisytiharan kendiri dan menghubungi Bank untuk memohon bantuan.

PERMOHONAN LANJUTAN MORATORIUM BANK RAKYAT

Bank Rakyat kini membuka permohonan untuk Bantuan Bayaran Balik Pinjaman kepada B40, M40 dan Perusahaan Mikro sehingga 30 Jun 2021. Pelanggan boleh memohon melalui beberapa kaedah iaitu:

  • Borang permohonan online di www.bankrakyat.com.
  • Emel ke alamat bankrakyatrnr@bankrakyat.com.my (sila sertakan nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit)
  • Hubungi Pusat Panggilan di talian 1300-800-800
  • Kunjungi cawangan Bank Rakyat berdekatan

Bank Rakyat Kini Buka Permohonan Tangguhkan Pinjaman Atau Kurangkan Ansuran Bulanan 50%

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma