Bantuan Berpantang RM200 Buat Ibu Yang Melahirkan Anak
Berita baik buat ibu yang melahirkan anak di Terengganu pada tahun 2023! Seperti diumumkan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar anda bakal memperoleh baucar pakej berpantang bernilai RM200. Bantuan ini dijangka akan memberi manfaat kepada sekitar 5,000 wanita melahirkan anak pada tahun 2023 yang layak.
Ia sebagai komitmen kerajaan negeri Terengganu menjayakan Pelan Dasar Wanita Terengganu 2030 yang dilancarkan baru-baru ini. Selain itu, kadar Skim Pertama Sejahtera untuk bayi yang baru lahir di negeri tersebut juga akan dinaikkan mulai tahun hadapan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran baucar pakej berpantang buat ibu bersalin.
Isi Kandungan
BAUCAR PAKEJ BERPANTANG
Ibu yang melahirkan anak di Terengganu pada tahun 2023 akan menerima Baucar Pakej Berpantang bernilai:
- RM200
TUJUAN PEMBERIAN BAUCAR PAKEJ BERPANTAN
Pemberian baucar berkenaan adalah bagi tujuan:
- penjagaan wanita berkenaan selepas bersalin
- komitmen kerajaan negeri Terengganu menjayakan Pelan Dasar Wanita Terengganu 2030 yang dilancarkan baru-baru ini
INISIATIF KERAJAAN NEGERI BUAT IBU/ WANITA
Ahmad Samsuri (Pas-Rhu Rendang) berkata, selain itu daripada pakej berpantang yang diperkenalkan, ibu juga akan menerima inisiatif:
- kadar Skim Pertama Sejahtera untuk bayi yang baru lahir di negeri tersebut juga akan dinaikkan mulai tahun hadapan.
- sumbangan tabung pendidikan di bawah skim tersebut bakal dinaikkan kepada RM200 bagi kelahiran anak pertama dan kedua, anak ketiga hingga kelima (RM300) dan anak keenam hingga kesepuluh (RM500).
- RM300,000 akan diperuntukkan bagi program pemeriksaan mamogram dan pap smear secara percuma bagi wanita berumur 35 tahun ke atas.
Kerajaan negeri (Terengganu) juga sedang mengkaji untuk melaksanakan program kesihatan percuma kepada golongan lelaki.
CARA MOHON BAUCAR PAKEJ BERPANTANG
Untuk makluman anda, buat masa ini kerajaan negeri Terengganu masih belum mengeluarkan maklumat dan kaedah permohonan baucar pakej berpantang yang ditawarkan. Perkongsian ini akan dikemaskini semula setelah mendapat info terbaru daripada kerajaan negeri.