Senarai Bantuan Kerajaan Negeri Buat Mangsa Banjir Di Selangor

Dalam sidang media khas situasi banjir di Selangor yang dibentangkan pada 21 Disember 2021 lalu, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM 100 juta Ikhtiar Selangor Bangkit di mana RM 20 juta bagi operasi pembersihan dan pemulihan manakala RM 80 juta bagi pembinaan semula infrastruktur.

Kerajaan Negeri menyumbang sejumlah wang untuk memberi bantuan kewangan kepada mangsa-mangsa banjir dan bantuan lain dalam pelbagai bentuk. Usaha bantuan ini diumumkan adalah bagi meringankan beban mangsa yang terlibat banjir dalam bangkit semula dan meneruskan kehidupan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui senarai bantuan bencana banjir yang telah diumumkan oleh kerajaan negeri Selangor untuk mangsa banjir di negeri tersebut.

BANTUAN KEWANGAN

Daripada jumlah peruntukan yang dinyatakan, kerajaan negeri akan menyumbangkan bantuan kewangan kepada mangsa banjir di Selangor seperti berikut:

  • RM10,000 – Kepada setiap keluarga mangsa banjir yang terkorban
  • RM1,000 – Setiap keluarga mangsa banjir di Selangor

SENARAI BANTUAN BANJIR SELANGOR

Berikut adalah senarai bantuan tragedi banjir Selangorbangkit yang disediakan oleh kerajaan negeri:

  1. RM10,000 setiap keluarga mangsa banjir yang terkorban di Selangor
  2. Sumbangan RM1,000 Setiap Keluarga
  3. Pengecualian bayaran balik pinjaman selama 2 bulan peminjam & usahawan hijrah yang terkesan dengan banjir
  4. Pengecualian bayaran  bil air selama sebulan kepada akaun yang terkesan dengan banjir
  5. Penubungan Tabung Ikhtiar Selangor Bangkit
    – Sumbangan oleh syarikat swasta, korporat, GLC & Individu
    – Sumbangan sulung oleh menteri besar Selangor dengan pemotongan sebulan gaji
  6. Bantuan operasi pembersihan dan pemulihan
  7. Bantuan operasi pembinaan semula infrastruktur

Sepanjang Operasi Mencari dan Menyelamat, sebanyak 453 jentera dan kenderaan daripada pelbagai agensi dan jabatan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan seperti Angkatan Pertahanan Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, RELA.

Semoga bantuan-bantuan yang diumumkan ini dapat memberi kemudahan kepada orang ramai dan meringankan beban mangsa-mangsa banjir di Selangor.

Baca juga: Cara Mohon Bantuan Wang Ihsan RM1,000 Setiap Isi Rumah & Senarai Dokumen Diperlukan

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma