Permohonan Bantuan Baik Pulih Rumah Majlis Daerah Baling Dibuka
Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah Darul Aman menawarkan Program Baik Pulih Rumah Di Bandar kepada isi rumah di negeri ini bagi mendapatkan kemudahan pembaikan rumah di bandar. Program ini merupakan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar dibawah Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan sebagai inisiatif menyediakan keperluan tempat tinggal kepada golongan B40 bagi menikmati kehidupan berkualiti dan sejahtera.
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah badan yang dipertanggungjawabkan sebagai agensi pelaksana dalam melantik kontraktor bagi melaksanakan kerja-kerja baikpulih atau pembinaan rumah tersebut.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program bantuan ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Permohonan baju bantuan baik pulih rumah ditawarkan oleh Majlis Daerah Baling dibuka sepanjang tempoh berikut:
- 1 November 2022 hingga 27 Disember 2022
SYARAT KELAYAKAN
Tawaran permohonan baik pulih rumah Majlis Daerah Baling dibuka kepada pemohon yang berkelayakan seperti berikut:
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia.
- KIR yang menetap dalam kawasan operasi PBT sahaja;
- KIR yang disahkan status kemiskinan dalam Sistem eKasih sama ada Kumpulan B40, Miskin Tegar atau Miskin;
- Bagi yang tidak berdaftar dalam Sistem eKasih, KIR hendaklah disahkan dalam Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Negeri atau Daerah;
- Rumah daif di bandar yang mengalami kerosakan kecil disebabkan faktor usia atau musibah seperti kebakaran, banjir dan ribut;
- Rumah masih boleh diduduki dan masih ekonomik untuk dibaiki.
SENARAI DOKUMEN
Permohonan mestilah disertakan bersama dokumen sokongan berikut:
- Salinan Kad Pengenalan Ketua Isi Rumah (KIR)
- Gambar Penuh Rumah (dari luar)
- Gambar Kerosakan (Sila nyatakan jenis kerosakan)
CARA MOHON
Pemohon yang berkelayakan dan berminat dengan program bantuan yang ditawarkan boleh dapatkan Borang Permohonan yang boleh diambil di kaunter khidmat pelanggan Majlis Daerah Baling atau muat turun di bawah:
Untuk maklumat lanjut berkenaan program bantuan ditawarkan, anda boleh terus ke laman web https://pbt.kedah.gov.my/.