BAKIPT Kedah: Mohon Bantuan Awal Kemasukan IPT & Terima RM300 Setiap Pelajar

Kerajaan Negeri Kedah melalui inisiatif Kedah Produktif dan Kedah Digital, telah mengambil inisiatif membangunkan Sistem Permohonan Bantuan Awal Kemasukan Ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang dikenali sebagai Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT (iBAKIPT).

Pembangunan sistem iBAKIPT ini adalah bagi memudahkan anak-anak Kedah yang akan masuk ke IPT membuat permohonan secara atas talian di mana sahaja tanpa perlu hadir ke  Pusat Khidmat DUN seperti sebelum ini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan bantuan kemasukan ke IPT melalui sistem iBAKIPT.

KADAR BANTUAN KEMASUKAN IPT

Kerajaan Negeri Kedah dalam Bajet 2021 telah memperuntukkan RM1 juta bagi bantuan awal kemasukan ke IPT dengan kadar:

  • RM300 setiap pelajar

TEMPOH PERMOHONAN

Kerajaan Negeri menyeru anak-anak Kedah yang berkelayakan dan memenuhi syarat untuk membuat permohonan pada:

  • 15 Februari 2023 hingga 30 Jun 2023

SYARAT PERMOHONAN

Antara syarat-syarat permohonan yang perlu dipenuhi seperti ditetapkan adalah:

  • Pemohon atau Ibu atau Bapa lahir atau bermastautin (menetap) di Negeri Kedah Darul Aman (Mengikut alamat pada surat tawaran IPT)
  • Pemohon telah diterima masuk ke Institut Pengajian Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara atau luar negara secara SEPENUH MASA dan telah membuat pengesahan pengajian dengan pihak IPT.
  • Menyambung pengajian ke peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda pada sesi pengajian tahun 2021
  • Pelajar SEPARUH MASA, pelajar LUAR KAMPUS, pelajar di INSTITUSI PERGURUAN dan pelajar di PROGRAM LATIHAN SEPARA PERUBATAN (KOLEJ PERUBATAN / KOLEJ KEJURURAWATAN) TIDAK LAYAK untuk memohon.
  • Permohonan hendaklah dibuat bagi kemasukan KALI PERTAMA untuk setiap satu tahap pengajian sahaja.
  • Pemohon hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada atau sebelum 1 DISEMBER 2021.

DOKUMEN SOKONGAN

Permohonan secara online mestilah disertakan bersama dokumen sokongan dalam bentuk PDF/JPEG/JPG/PNG yang DISAHKAN oleh PENGHULU MUKIM / PENGETUA SEKOLAH / PEGAWAI DAERAH / ADUN seperti berikut:

  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan kad pengenalan ibu/ bapa/ penjaga (salah seorang sahaja)
  • Salinan akaun bank/ penyata bank
  • Salinan surat tawaran kemasukan/ surat pengesahan daripada Institusi Pengajian Tinggi

CARA MEMOHON

Kerajaan menyeru anak-anak Kedah yang memenuhi syarat untuk buat permohonan di laman yang disediakan dengan memuat naik dokumen-dokumen sokongan yang disahkan sehingga hujung tahun ini. Permohonan boleh dibuat di pautan berikut:

Bayaran bantuan BAKIPT akan dibuat oleh Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN kepada pelajar. Pelajar boleh semak senarai Pusat Khidmat DUN/ Penyelaras DUN di bawah. Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh terus ke Pusat Khidmat DUN/ Penyelaras DUN berkenaan.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma