Agro Prihatin: Permohonan Agro Digital Bantuan Tablet & Laptop Untuk Warga Tani

Jawatankuasa Tetap Pertanian Negeri Selangor melalui Kluster Agro Prihatin kini membuka permohonan bantuan tablet dan laptop kepada seluruh warga tani di Selangor yang berkelayakan. Program ini merupakan insentif kerajaan Negeri Selangor bagi membantu warga tani Selangor yang berpendapatan rendah RM2,000 dan ke bawah setiap bulan.

Pemohon mestilah terlibat secara aktif dalam aktiviti pertanian, perikanan, penternakan dan industri asas tani di Selangor serta mempunyai ahli keluarga yang sedang menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR) pada tahun 2022.

Semak syarat kelayakan yang lebih terperinci dan panduan buat permohonan di perkongsian bawah.

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan Bantuan Tablet & Laptop Agro Prihatin dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • 21 Februari hingga 28 Februari 2022 (Isnin) jam 12 malam

BANTUAN DITAWARKAN

Untuk makluman anda, jumlah bantuan ditawarkan adalah terhad seperti berikut;

  • 100 buah laptop
  • 50 buah tablet

SYARAT PERMOHONAN

Permohonan adalah terbuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia dan menetap di Selangor melebihi 10 tahun
  • Terlibat aktif dengan sektor pertanian, perikanan, penternakan dan industri asas tani di Selangor
  • Mempunyai ahli keluarga yang sedang menjalani sesi Pembelajaran dan Pengajaran Di Rumah (PDPR)
  • Pendapatan isi rumah RM2,000 dan ke bawah setiap bulan

CARA MOHON

Sekiranya anda merupakan warga tani di Selangor yang memenuhi syarat kelayakan dinyatakan di atas dan memerlukan bantuan ditawarkan, anda boleh buat permohonan sehingga tarikh tutup yang dinyatakan. Permohonan boleh dibuat secara online dengan mengisi borang permohonan di pautan berikut:

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh terus hubungi pegawai bertugas melalui email di alamat infratani@gmail.com atau pegawaikhasexco15@gmail.com

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma