Permohonan Pinjaman Peribadi Bank Rakyat Sehingga RM200,000. Gaji RM1,000 Dah Boleh Mohon

Pekerja dalam sektor perkhidmatan awam atau syarikat GLC terpilih boleh mendapatkan tunai kini lebih mudah dengan Pembiayaan Peribadi-i yang disediakan oleh Bank Rakyat. Kadar pembiayaan adalah sehingga RM200,000 mengikut syarat yang ditetapkan.

Semak syarat kelayakan dan cara untuk membuat permohonan di perkongsian ini.

CIRI-CIRI PEMBIAYAAN PERIBADI-i

Antara ciri-ciri pembiayaan peribadi Bank Rakyat adalah:

  • Amaun pembiayaan sehingga RM200,000
  • Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun
  • Tiada jaminan diperlukan
  • Perlindungan takaful atas pilihan pelanggan
  • Pilihan kadar keuntungan tetap atau terapung

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan untuk membuat permohonan pembiayaan peribadi Bank Rakyat adalah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur minimum 18 tahun dan maksimum 60 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan
  • Berpendapatan bulanan tetap minimum RM1,000 termasuk elaun tetap
  • Berkhidmat dalam sektor awam & syarikat GLC terpilih
  • Telah berkhidmat minimum tiga (3) bulan

SEMAK KELAYAKAN KADAR PEMBIAYAAN

Kelayakan kadar pembiayaan adalah berbeza-beza setiap pemohon berdasarkan kaedah bayaran ansuran yang akan dilakukan dan pendapatan pemohon. Semak kelayakan pembiayaan di bawah:

Permohonan Pembiayaan Peribadi Bank Rakyat Sehingga RM200,00

TEMPOH PEMBIAYAAN

Tempoh pembiayaan dan kadar keuntungan adalah berbeza berdasarkan kaedah bayaran seperti berikut:

Permohonan Pembiayaan Peribadi Bank Rakyat Sehingga RM200,00

Nota:

  1. Kadar keuntungan di atas adalah untuk pembiayaan dengan takaful.
  2. Tambahan kadar keuntungan sehingga 0.86% atas kadar keuntungan semasa untuk pembiayaan tanpa takaful

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan pembiayaan bagi permohonan baru dan permohonan berulang.

Permohonan Pembiayaan Peribadi Bank Rakyat Sehingga RM200,00

CARA MEMOHON

Untuk membuat permohonan, layari laman web rasmi Bank Rakyat dan klik pada Mohon Sekarang.

Permohonan Pembiayaan Peribadi Bank Rakyat Sehingga RM200,00

Isi maklumat yang diminta dan tick pada kotak Pembiayaan-i di sebelah kiri untuk Produk Pilihan. Selepas selesai isi, Klik Hantar.

Permohonan Pembiayaan Peribadi Bank Rakyat Sehingga RM200,00

Permohonan Pembiayaan Peribadi Bank Rakyat Sehingga RM200,00

Pegawai perkhidmatan yang bertugas akan menghubungi anda dalam masa terdekat untuk langkah selanjutnya untuk membuat permohonan pembiayaan. Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan Bank Rakyat terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat  di talian 1-300-80-5454. Anda juga boleh dapatkan maklumat lanjut di Portal Bank Rakyat

Selain pembiayaan peribadi Bank Rakyat, ada beberapa lagi kaedah pinjaman peribadi yang selamat anda boleh gunakan. Semak DI SINI, elakkan membuat pinjaman along dan syarikat yang tidak berdaftar. Anda juga boleh lihat Personal Loan AEON.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma