Ibu Bapa Jangan Guna Ubatan Ini Untuk Anak Bawah 2 Tahun, BAHAYA Boleh Sebabkan SAWAN
PENTING! Ibu bapa sila ambil serius tentang perkongsian kali ini. Ramai ibu bapa yang tidak tahu bahawa ada beberapa jenis ubat yang berisiko dan berbahaya kepada kanak-kanak sehingga boleh menyebabkan sawan.
Menjadi kebiasaan kita semua yang suka menggunakan minyak angin bagi memberi kelegaan, mengurangkan keradangan dan menghilangkan kesakitan. Namun ibu bapa jangan main sapu je kat anak-anak, bahaya sebenarnya menggunakan minyak angin yang mengandungi CAMPHOR terutamanya pada kanak-kanak berumur bawah 2 tahun.
Boleh menyebabkan sawan dan kematian tau!
Seorang Pakar Pediatrik Dr Redza Zainol pernah menceritakan kisah pesakitnya seorang kanak-kanak 2 tahun yang mengalami sawan selama satu jam tidak henti. Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui kisah lanjut.
Isi Kandungan
KISAH BUDAK 2 TAHUN DAH SATU JAM SAWAN TIDAK HENTI
Kisahnya adalah ibu bapanya baru berpindah rumah. Ruang tamu mereka penuh dengan kotak dan barangan yang perlu disusun. Sambil ibu bapanya sibuk mengemas, anak ni jumpa ubat minyak cap kapak di dalam kotak.
Tidak lama selepas itu, dia mula muntah-muntah dan tidak sedarkan diri. Tiada siapa pun nampak dia minum minyak cap kapak tu tapi bau minyak tu sangat kuat dari mulut dia.
Di wad, bermacam ubatan diberi untuk hentikan sawan tetapi dia berterusan sawan hingga 5 jam akhirnya meninggal dunia.
Tragis kan? Sebab itulah ibu bapa perlu pantau penggunaan minyak angin kepada anak-anak. Berikut adalah larangan ubat pada anak-anak bawah 2 tahun..
BAHAYA UBAT MENGANDUNGI CAMPHOR PADA KANAK-KANAK BAWAH 2 TAHUN
Ubat minyak cap kapak mengandungi Camphor yang dilarang untuk diguna pada kanak-kanak 2 tahun. Camphor atau kapur barus ialah bahan yang banyak digunakan dalam produk sapuan di dalam pasaran untuk melegakan kesakitan, gatal, batuk dan selsema.
Kajian penyelidik dari Kolej Perubatan Albert Einstein Universiti Yeshiva menyatakan kanak-kanak sangat terdedah pada kesan toksik Camphor sebab ia mudah diserap melalui kulit, mata, bibir dan bahagian dalam hidung.
JENIS-JENIS UBAT YANG MENGANDUNGI CAMPHOR
Berikut adalah jenis-jenis ubat yang mengandungi Camphor dan ibu bapa patut elakkan daripada kanak-kanak berumur bawah 2 tahun.
Apa pun jenis produk yang ibu bapa nak guna pada anak, biasakan diri untuk baca label terlebih dahulu kerana semua maklumat tentang produk tersebut ada pada label. Jika anda perhatikan pada kotak produk berdaftar, ada tanda amaran yang telah diletakkan. Jadilah ibu bapa yang bijak supaya nyawa anak-anak tidak tergadai. Semoga bermanfaat!