SPMflix: Cara Dapatkan Bahan Pendidikan Online Percuma Buat Calon SPM

Khas buat calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)! Dapatkan bahan pendidikan secara percuma dengan SPMflix, iaitu sebuah portal pendidikan percuma di Malaysia di bawah Bacflix. Ia menyediakan bahan pendidikan khusus buat pelajar yang akan menghadapi peperiksaan SPM.

Calon SPM tidak perlu risau, anda tidak dikenakan apa-apa bayaran pun untuk mendaftar akaun dan akses ke bahan pendidikan di dalam Bacflix. Bahan pendidikan semua mata pelajaran disediakan dalam bentuk tayangan video.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut portal pendidikan Bacflix.

AKTIVITI & LATIHAN DI SPMFLIX

Melalui portal ini, pelajar boleh mengulangkaji pelajaran melalui lebih daripada 8,700 video pendidikan disediakan daripada pelbagai subjek. Selain itu, ada juga aktiviti kuiz dalam talian untuk pelajar membuat latihan.

Bukan itu sahaja, SPMflix juga mengadakan seminar SPM secara langsung kepada para pelajar oleh guru-guru berpengalaman. Seminar SPM ini menyediakan tips dan teknik menjawab soalan SPM bagi 12 subjek. Tambahan lagi, seminar tersebut juga dijalankan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Sebagai cara untuk berinteraksi dengan tenaga pengajar, SPMflix menyediakan program Tanya Cikgu. Di sini, pelajar boleh menghantar soalan kepada guru-guru SPMflix melalui aplikasi WhatsApp. Persoalan yang diajukan akan dijawab dalam masa 12 jam.

SPMflix: Cara Dapatkan Bahan Pendidikan Online Percuma Buat Calon SPMCARA DAFTAR

Untuk dapat akses ke bahan pendidikan, anda perlu daftar akaun terlebih dahulu. Jangan bimbang! Tiada sebarang bayaran dikenakan. Anda hanya perlu masukkan nama, alamat email dan kata laluan.

Klik pautan berikut untuk daftar akaun:

SPMflix: Cara Dapatkan Bahan Pendidikan Online Percuma Buat Calon SPM

Selesai daftar, anda dapat akses ke semua bahan bagi pelbagai mata pelajaran Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 yang disediakan. Dengan kemudahan yang ada, tiada lagi alasan untuk calon SPM tidak belajar lagi.

Semoga bermanfaat!

Rujuk: Download Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2020 Yang Terkini

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma