Elak Makan Duit Haram, Ini Cara Bahagikan Duit KWSP Si Mati Ikut Faraid. Bukan Penama Sahaja Dapat 

Ramai isteri yang fikir bila suami dah letak nama mereka sebagai penama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), jika apa-apa berlaku pada suami semua duit dalam akaun tersebut adalah milik isteri. Sebenarnya harta tadi perlu dibahagi mengikut kaedah faraid. Penama KWSP hanya sebagai pemegang amanah sahaja.

Bagi ahli KWSP yang masih belum letak penama bagi simpanan KWSP anda, anda diminta untuk buat segera bagi memudahkan urusan waris sekiranya berlaku apa-apa. Pasti ramai yang tak tahu kan macam mana nak bahagikan wang simpanan si mati?

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui bagaimana kaedah pembahagian duit KWSP si mati kepada waris ikut faraid.

KEPENTINGAN PENAMA KWSP

Mungkin ada dalam kalangan orang awam yang menganggap urusan meletakkan penama akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak perlu difikirkan kerana akan diuruskan waris yang tinggal, malah tidak mustahil ada beranggapan ia akan diwarisi isteri atau suami secara automatik.

Bagaimanapun, ia sebenarnya menyusahkan waris yang tinggal apatah lagi proses tuntutan akan mengambil masa. SETIAP Ahli KWSP diingatkan untuk letakkan penama KWSP untuk memudahkan urusan nanti.

Rujuk: Cara Semak & Kemaskini Penama Akaun KWSP, Elakkan Risiko Pengeluaran Disekat

Antara kepentingan meletakkan penama KWSP adalah:

  • Memendekkan proses pengeluaran
  • Mengelakkan sebarang kos dan kerumitan mendapatkan dokumen pihak ketiga dari Pejabat Tanah/Mahkamah
  • Memastikan waris mewarisi simpanan anda

KAEDAH PEMBAHAGIAN SIMPANAN KWSP SI MATI IKUT FARAID

Ingat, jika suami mati, bukan isteri sahaja yang dapat semua simpanan akaun KWSP suami! Simpanan mestilah dibahagikan mengikut kaedah faraid. Penama KWSP hanya sebagai pemegang amanah.

Berikut adalah pembahagian waris si mati:

  1. Ayah si mati: 1/6
  2. Ibu si mati: 1/6
  3. Isteri: 1/8
  4. Baki akan dapat pada anak-anak. Anak lelaki dua bahagian dan anak perempuan satu bahagian
  5. Jika tiada anak lelaki, maka baki harta akan ke ayah. Dan sekiranya ayah tiada, maka adik beradik seibu sebapa atau sebapa turut layak dalam bahagian pusaka

Contohnya seperti berikut:

Suami tinggalkan RM100,000 duit KWSP. Ada seorang anak lelaki dan perempuan. Pembahagiannya adalah seperti berikut:

  • Ayah: 1/6 x RM100,000 = RM16,666
  • Ibu 1/6 x RM100,000 = RM16,666
  • Isteri: 1/8 x RM100,000 = RM12,500
  • Anak lelaki: RM36,112
  • Anak perempuan: RM18,056

Penama KWSP akan bertindak menjadi wasi/ pentadbir yang berkeupayaan untuk mengurus pengeluaran dan pembahagian KWSP. Pembahagian seharusnya mengikut faraid.

Semoga bermanfaat!

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma