Pekerja Boleh Mohon Aturan Kerja Fleksibel (AKF) Mulai 1 September Untuk Ubah Waktu, Hari Atau Tempat Bekerja
Berita baik buat pekerja di Malaysia! Pekerja di negara ini dibenarkan untuk memohon aturan kerja fleksibel (AKF) kepada majikan masing-masing mengikut pindaan Akta Kerja 1955 berkuat kuasa 1 September 2022.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim, berkata pekerja hanya perlu membuat surat permohonan berkenaan kepada majikan. Majikan pula perlu memberi jawapan kepada permohonan pekerja tersebut dalam tempoh ditetapkan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tentang Aturan Kerja Fleksibel (AKF) yang anda perlu tahu dan panduan buat permohonan mulai September 2022.
Isi Kandungan
ATURAN KERJA FLEKSIBEL
Pekerja di negara ini dibenar memohon aturan kerja fleksibel (AKF) kepada majikan masing-masing mengikut pindaan Akta Kerja 1955 berkuat kuasa 1 September. Seperti dimaklumkan, pekerja boleh membuat permohonan kepada majikan untuk memohon:
- Perubahan waktu bekerja
- Perubahan hari bekerja; dan
- Perubahan tempat kerja
Majikan perlu memberi jawapan dalam tempoh 60 hari.
PANDUAN PERMOHONAN ATURAN KERJA FLEKSIBEL (AKF)
Berikut adalah panduan buat permohonan Aturan Kerja Fleksibel (AKF):
- Pekerja hanya perlu membuat surat permohonan berkenaan kepada majikan
- Majikan pula perlu memberi jawapan dalam tempoh 60 hari
- Dalam surat jawapan bertulis majikan kepada pekerja, mereka perlu nyatakan sama ada menerima permohonan atau menolak permohonan dengan alasan yang perlu dinyatakan
Semalam media melaporkan, sejumlah 62 peratus pekerja sepenuh masa di Malaysia lebih gemar fleksibiliti bekerja berbanding hari kerja yang pendek seperti empat hari seminggu, mengikut tinjauan oleh Qualtrics syarikat berpengalaman mengendalikan tinjauan secara dalam talian.
Secara keseluruhan, di Asia Tenggara keutamaan untuk fleksibiliti adalah sebanyak 60 peratus memilih minggu bekerja yang lebih singkat. Keputusan kerajaan dalam AKF itu bagaimanapun tidak ‘mengikat’ majikan dan ia bergantung kepada kesesuaian agensi serta syarikat masing-masing.
Sementara itu , beliau berkata, pihaknya bersedia membuat kajian mengenai dasar tempoh bekerja empat hari dalam seminggu seperti mula dilaksanakan di beberapa negara maju. Katanya, kajian mengenai perkara itu perlu dilakukan secara menyeluruh berikutan terdapat majikan yang terkesan atas faktor produktiviti rendah.
Jadi majikan pun perlu ada kajian tersendiri mengenai perkara ini dan kemudian boleh dibawa dalam perbincangan bersama Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan JPPM.