Permohonan Program Asasi Undang-Undang & Diploma UiTM Sesi 2 2022/2023

Universiti Teknolongi MARA (UiTM) kini membuka peluang mengikuti Program Asasi undang-undang, Diploma dan Sarjana Muda Sains (Kepujian) Senibina bagi ambilan Sesi 2 2022/2023 buat lepasan SPM yang berminat.

Permohonan boleh secara atas talian. Pastikan calon semak kelayakan dan buat pembelian nombor pin terlebih dahulu di BSN.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan program UiTM yang ditawarkan.

TARIKH PERMOHONAN

Jualan nombor pin di BSN dan permohonan online dibuka pada:

  • 29 Ogos 2022 hingga 31 Oktober 2022

PROGRAM DITAWARKAN

Antara program yang ditawarkan kepada lepasan SPM adalah:

  • Asasi Undang-Undang UiTM
  • 72 Program Diploma
  • Sarjana Muda Sains (Kepujian) Senibina (AP243)

SYARAT KEMASUKAN KE UITM

Semak syarat kemasukan ke Universiti Teknologi MARA di bawah:

  • Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada tarikh permohonan
  • Berketurunan Melayu/Anak Negeri Sabah/Anak Negeri Sawarak/Orang Asli Semananjung Sahaja dan Warganegara Malaysia
  • Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program dimohon
  • Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya
  • Pelajar-pelajar yang sedang belajar di mana-mana IPT TIDAK DIBENARKAN memohon kecuali pelajar UiTM
  • Calon yang pernah belajar di UiTM dan TELAH DIBERHENTIKAN ATAU GUGUR TARAF TIDAK DIBENARKAN memohon semula ke program yang sama seperti yang pernah ditawarkan sebelum ini.

Permohonan anda akan terbatal sekiranya anda didapati memberikan maklumat salah/ tidak benar/ memanipulasi maklumat dalam borang permohonan kemasukan berkaitan dengan:

  • Kewarganegaraan Malaysia
  • Status Melayu/ Anak Negeri Sabah/ Anak Negeri Sarawak/ Orang Asli Semenanjung
  • Kelayakan/ keputusan peperiksaan

Calon boleh semak kelayakan akademik masing-masing di selangkah.uitm.edu.my/

CARA MOHON

Lepasan SPM yang berminat untuk ikuti program pengajian yang ditawarkan di UiTM boleh buat permohonan mengikut tarikh yang ditetapkan. Permohonan boleh dibuat di laman web berikut:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan pengambilan dan keputusan permohonan, anda boleh hubungi:

  • Unit Diploma & Profesional: 03 5544 3194/ 3196/ 8067
  • Permohonan: online.uitm.edu.my
  • Semak syarat: selangkah.uitm.edu.my

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma