3 Aplikasi Penting Dalam Pengurusan Organisasi Yang Mampu Memudahkan Urusan Harian
Anda seorang mahasiswa yang aktif dalam organisasi? Sudah pasti banyak perkara yang perlu diuruskan selain menjalankan peranan utama sebagai seorang mahasiswa bukan? Disebabkan terlalu banyak urusan yang perlu dilakukan, pengurusan adalah penting agar semuanya teratur.
Kemahiran dalam pengurusan adalah penting sejak zaman belajar lagi agar dapat manfaatkannya sehingga alam pekerjaan.
Ini adalah 3 aplikasi penting dalam pengurusan organisasi yang dapat membantu melicinkan urusan seharian anda agar menjadi seorang mahasiswa yang profesional.
Isi Kandungan
3 APLIKASI PENGURUSAN ORGANISASI
1. SkedIt
Aplikasi ini berfungsi sebagai autosend message kepada individu atau kumpulan sasaran pada waktu yang telah ditetapkan. Contohnya anda ingin mengadakan mesyuarat pada Sabtu minggu hadapan. Pasti anda perlu membuat survey berapa ramai kehadiran mesyuarat pada tarikh yang ditetapkan.
Jadi anda boleh setkan dalam SkedIt, setiap hari atau dua hari pada jam 9 pagi, mesej respon kehadiran akan dihantar kepada senarai broadcast yang telah anda setkan.
Pastikan anda sentiasa update kehadiran setiap hari dan selitkan nota “Sila abaikan mesej ini jika anda sudah berbuat demikian”
2. Timetree
Aplikasi ini berfungsi sebagai penyelarasan maklumat jadual program-program agar menjadi peringatan kepada semua ahli yang berada dalam ‘group’ tersebut.
Jika Google Calender dapat diselaraskan apabila admin menghantar maklumat program berupa tarikh, masa, hari dan tempat melalui email masing-masing. Namun Timetree pula setiap ahli akan diberikan link bagi jadual Majlis Perwakilan Pelajar sebagai contoh (penggunaan aplikasi berdasarkan keperluan masing-masing)
Maka setiap ahli Majlis Perwakilan pelajar yang sudah menempah tarikh tertentu boleh masukkan maklumat program mereka ke dalam aplikasi ini.
Secara automatik, setiap ahli yang berada dalam kumpulan kalendar ini akan dimaklumkan bahawa hari yang sudah diisi telah mempunyai program. Maklumat akan synchronise apabila anda mempunyai akses internet.
3. Autoresponder
Aplikasi Autoresponder adalah berfungsi dalam menguruskan sebarang pesanan mahupun respon dengan segera. Contohnya anda boleh tetapkan suatu kata kunci misalnya “Assalamualaikum” dan dibalas dengan kalimah “Waalaikumussalam”.
Jadi setiap kali ada orang menghantar pesanan dengan ayat tersebut, automatik akan dibalas dengan ayat yang anda tetapkan. Sama ada perkataan itu secara tunggal mahupun perkataan seperti, “Assalamuailum, anda sihat?” secara automatik aplikasi akan membalas “Waalaikumussalam”.
Bukan sahaja mahasiswa sesuai gunakan aplikasi-aplikasi ini, malahan pengurus syarikat, pekerja, peniaga dan lain-lain juga boleh gunakan aplikasi yang sangat berguna ini untuk menguruskan urusan harian.
Semoga bermanfaat!