Info

Apa Itu Unifi Air & Bagaimana Daftar Unifi Air Dengan Mudah

April 27, 2020Oleh Cikgu Shaari2 min baca

Telekom Malaysia sebelum ini telah mengumumkan penawaran Unifi Air, iaitu perkhidmatan internet jalur-lebar nirwayar yang ditujukan kepada kawasan-kawasan tanpa capaian Unifi terlebih dahulu. Ketika pengenalannya, ia lebih ditujukan kepada pengguna Streamyx sedia ada yang diluar kawasan Unifi.

Namun, kini ia dilihat telah pun dibuka pendaftaran kepada pengguna umum yang lain.

Apa itu Unifi Air? Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lebih lanjut mengenai Unifi Air dan cara daftar Unifi Air.

APA ITU UNIFI AIR?

Unifi Air diperkenalkan dengan harga langganan RM129/bulan, tetapi ditawarkan pada harga RM79/bulan. Ia datang bersama router wayarles 4G LTE Huawei B618 secara percuma, dengan kontrak selama 24 bulan.

Apa Itu Unifi Air & Bagaimana Daftar Unifi Air Dengan Mudah

Tidak seperti pelan jalur lebar wayarles Unifi sebelum ini, Unifi Air tiada had kuota dan menyatakan ia memberikan kelajuan muat turun sehingga 20Mbps menerusi rangkaian TDD-LTE.

Jika anda telah memiliki router 4G LTE, terdapat juga pilihan untuk melanggan SIM sahaja berharga RM79/bulan.

Menurut Soalan Lazim FAQ, Unifi Air terbuka kepada semua walaupun bukan pelanggan TM serta bukan warganegara Malaysia. Malah, perniagaan juga boleh mendaftar pelan ini tetapi harus menggunakan nama pemilik perniagaan utuk mendaftar. Sehingga 3 talian boleh didaftar menggunakan kad pengenalan yang sama.

Pengguna yang melanggan Unifi Air boleh terus menikmati kadar yang sama selepas tamat kontrak 24 bulan. SIM ini hanya memberikan perkhidmatan data sahaja, tiada penggunaan panggilan atau SMS. FAQ juga menyatakan, router yang diberikan percuma ini telah dikunci SIM dan datang dengan jaminan selama 12 bulan.

BAGAIMANA DAFTAR UNIFI AIR?

Jika anda berminat, boleh pergi ke TMPoint berhampiran untuk mendaftar. Bayaran pendaftaran RM100 diperlukan semasa mendaftar dan akan digunakan untuk membayar bil akan datang. Anda boleh menyemak liputan Unifi Air menerusi laman web ini.

Untuk pengetahuan anda pendaftaran Unifi Air juga adalah berbentuk “Plug & Play”, dimana pengguna akan diberikan dengan set khusus yang boleh diaktifkan secara sendiri di rumah tanpa keperluan pembantu daripada pihak TM.

Topik artikel ini
Info
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda