Dua Sekolah Di Malaysia Tersenarai Top 10 Anugerah Sekolah Terbaik Dunia

Hebat juga ya sistem pendidikan di negara kini ini? Sebab itulah kita tidak patut pandang rendah dengan sistem di negara kita. Tahu tak, baru-baru ini telah dimaklumkan dua sekolah di Malaysia telah berjaya disenarai pendek dan termasuk dalam Top 10 Anugerah Sekolah Terbaik Dunia! Bukan dalam negara ya, sekolah ini antara 10 teratas yang terbaik di dunia!

Anugerah Sekolah Terbaik Dunia ini dianjurkan oleh T4 Education dengan kerjasama Yayasan Hasanah, Templeton World Charity Foundation, Accenture dan American Express pada tahun ini.

Bagaimana sekolah-sekolah ini boleh terpilih dan termasuk dalam anugerah ini? Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui sekolah-sekolah yang berjaya termasuk dalam Top 10 Anugerah Sekolah Terbaik Dunia.

SEKOLAH MALAYSIA TERSENARAI TOP 10 ANUGERAH SEKOLAH TERBAIK DUNIA

Antara sekolah di Malaysia yang tersenarai Top 10 dalam Anugerah Sekolah Terbaik Dunia adalah:

  • Sekolah Kebangsaan (SK) Kempadang di Kuantan, Pahang – Bagi kategori Inovasi
  • Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampong Jawa di Klang, Selangor – Bagi kategori menangani cabaran

5 KATEGORI ANUGERAH SEKOLAH TERBAIK

Tiga finalis terbaik akan dipilih untuk setiap lima kategori Anugerah Sekolah Terbaik Dunia iaitu:

  • Kolaborasi Komuniti
  • Tindakan Alam Sekitar
  • Inovasi
  • Menangani Cabaran
  • Menyokong Kehidupan Sihat

PENGUMUMAN PEMENANG & HADIAH DITAWARKAN

Pemenang bagi setiap kategori yang akan diumum pada Minggu Pendidikan Dunia, iaitu pada:

  • Tarikh pengumuman pemenang:  16 hingga 21 Oktober 2022

T4 Education dalam kenyataannya memaklumkan anugerah yang dilancarkan pada tahun ini dengan kerjasama Yayasan Hasanah, Templeton World Charity Foundation, Accenture dan American Express itu menawarkan hadiah keseluruhan:

  • Hadiah ditawarkan: wang tunai ASD250,000

KAEDAH PEMILIHAN PEMENANG

Pengasas T4 Education dan Anugerah Sekolah Terbaik Dunia, Vikas Pota dalam kenyataan itu berkata sekolah disenarai pendek tersebut dipilih menerusi:

  • penceritaan kisah-kisah inspirasi sekolah yang mengubah kehidupan murid,
  • membawa perubahan sebenar kepada komuniti serta
  • menjadi sekolah contoh kepada orang ramai.

Sumber

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma