Pencalonan Anugerah Sainstis Muda Negara & Anugerah Juruteknik (Sains) Negara 2021 Dibuka

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) kini membuka pencalonan Anugerah Sainstis Muda Negara dan Anugerah Juruteknik (Sains) Negara 2021. Urusan pencalonan adalah secara atas talian. Hanya calon yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan diambil kira untuk mendapat anugerah.

Syarat-syarat dan peraturan serta borang pencalonan boleh didapati melalui pautan yang disediakan. Pencalonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup iaitu 30 Jun 2021.

Semak syarat kelayakan dan cara buat pencalonan di perkongsian bawah.

SENARAI ANUGERAH

  • Anugerah Sainstis Muda Negara (Sains Hayat) dan Anugerah Sainstis Muda Negara (Sains Fizikal) – Pengiktirafan terhadap sumbangan dan pencapaian oleh saintis muda dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) sains dan teknologi.
  • Anugerah Juruteknik (Sains) Negara – Pengiktirafan terhadap pencapaian cemerlang oleh Juruteknik (Sains) serta kakitangan separa iktisas yang berkaitan dengan sains dan teknologi.

KRITERIA KELAYAKAN PENCALONAN

Hanya calon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:

Saintis Muda Negara

  • Calon hendaklah berumur TIDAK MELEBIHI 35 TAHUN tepat pada 31 Disember 2021;
  • Terbuka kepada individu (saintis/penyelidik) WARGANEGARA MALAYSIA;
  • Projek penyelidikan DIJALANKAN di organisasi awam/swasta DI MALAYSIA;
  • Penyelidikan asli, cemerlang dan menyumbang kepada kemajuan S&T, sosio ekonomi & perindustrian Negara;
  • Hasil penyelidikan yang dikemukakan mestilah telah DITERBITKAN SEBELUM TARIKH PENCALONAN;
  •  Calon hendaklah BERDAFTAR & MENGEMASKINI semua maklumat berkaitan di portal https://krste.my/;

Juruteknik Negara

  • Calon merupakan pegawai daripada kumpulan pelaksana dan kakitangan separa ikhtisas;
  • Terbuka kepada Juruteknik/Pembantu Makmal dan kakitangan separa ikhtisas WARGANEGARA MALAYSIA;
  • Projek penyelidikan DIJALANKAN di organisasi awam/swasta DI MALAYSIA;
  • Kerja dan penyelidikan spesifik yang dikemukakan mestilah belum mendapat sebarang penganugerahan di peringkat Kebangsaan atau Antarabangsa;
  • Pencalonan adalah berdasarkan kepada usaha cemerlang yang menyumbang kepada kemajuan sains dan teknologi (S&T), sosio-ekonomi dan perindistrian Negara;
  •  Calon hendaklah BERDAFTAR & MENGEMASKINI semua maklumat berkaitan di portal https://krste.my/; dan

HADIAH ANUGERAH

Anugerah ini menyediakan hadiah anugerah seperti berikut:

  • Anugerah Saintis Muda Negara
    – RM10,000
    – Plak
    – Sijil penghargaan
    – Geran penyelidikan MOSTI bernilai sehingga RM500,000
  • Anugerah Juruteknik Negara
    – Wang tunai RM10,000
    – Plak
    – SIjil penghargaan

TEMPOH PENCALONAN

Pencalonan anugerah calon dibuka pada:

  • 8 April 2021 hingga 30 Jun 2021

CARA MEMBUAT PENCALONAN

Pencalonan boleh dibuat sehingga 30 Jun 2021 dengan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Borang permohonan  yang disediakan mestilah diisi dengan lengkap. Dapatkan borang permohonan pencalonan dan prosedur lengkap di sini:

Hanya pencalonan yang lengkap diterima SEBELUM tarikh tutup sahaja akan dinilai. Sebarang pertanyaan mengenai urusan pencalonan boleh menghubungi Encik Muhammad Muaz Bin Aminordin di talian 03 8885 8093/ Puan Zuraidah Binti Sabani di talian 03 8885 8272 atau email ke alamat anugerahsains@mosti.gov.my.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma