Jumlah Pendapatan Individu Yang Tidak Dikenakan Cukai Pendapatan Tahun Taksiran 2021

Telah menjadi kebiasaan untuk kita semua membuat perancangan awal menjelang tahun baharu bagi memastikan kita berada di landasan yang betul. Masih belum terlambat untuk anda mula merancang sekarang untuk pastikan tahun 2022 lebih baik daripada tahun ini. Dah masuk tahun baru ni para pembayar cukai pasti dah bersedia nak bayar cukai pendapatan bagi tahun taksiran 2021 kan?

Namun, berapa jumlah pendapatan individu yang tidak dikenakan cukai bagi tahun taksiran 2021? LHDN telah mengeluarkan info ambang jumlah pendapatan individu yang tidak dikenakan cukai pendapatan bagi tahun taksiran 2021 untuk rujukan orang ramai.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui berapa jumlah pendapatan individu yang tidak dikenakan cukai.

AMBANG JUMLAH PENDAPATAN INDIVIDU YANG TIDAK DIKENAKAN CUKAI

Berikut adalah ambang jumlah pendapatan individu TIDAK DIKENAKAN cukai pendapatan bagi tahun taksiran 2021:

Diri Sendiri – Individu Bujang

  • RM37,333 setahun
  • RM3,111 sebulan

Taksiran Berasingan – Pasangan

Berkahwin + 1 anak

  • RM39,333 setahun
  • RM3,278 sebulan

Berkahwin + 2 anak

  • RM41,333 setahun
  • RM3,444 sebulan

Taksiran Bersama – Pasangan

Berkahwin tanpa anak

  • RM48,000 setahun
  • RM4,000 sebulan

Berkahwin + 1 anak

  • RM50,000 setahun
  • RM4,167 sebulan

Berkahwin + 2 anak

  • RM52,000 setahun
  • RM4,333 sebulan
Nota: Sekiranya pendapatan anda melebihi daripada jumlah pendapatan yang dinyatakan mengikut kategori di atas, anda layak dikenakan cukai pendapatan.

REBAT CUKAI

Untuk makluman anda, individu dengan pendapatan bercukai tidak melebihi RM35,000 diberikan rebat:

  • Rebat sendiri RM400 bagi taksiran diri sendiri/ bujang dan
  • Rebat sendiri RM400 taksiran berasingan
  • Rebat suami/ isteri RM400 bagi pilihan taksiran bersama

Baca juga: e-Filing LHDN: Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Tahun 2021 Yang Boleh Dituntut

LAYAK DIKENAKAN CUKAI?

Sekiranya anda layak dikenakan cukai, permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh dilakukan di cawangan LHDN berhampiran.

Antara dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran adalah:

  • Satu salinan Borang Penyata Pendapatan (Borang EA/EC) terkini/ Slip Gaji terkini
  • Satu salinan kad pengenalan/ kad pengenalan polis/ kad pengenalan tentera/ passport antarabangsa
  • Satu salinan sijil perkahwinan (jika ada)

Anda juga boleh membuat pendaftaran nombor rujukan cukai melalui e-Daftar.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke laman web rasmi LHDN www.hasil.gov.my atau terus ke cawangan LHDN berdekatan untuk sebarang pertanyaan.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma