Cara Tukar Akaun KWSP Konvensional Kepada Akaun Syariah Secara Online
Simpanan Syariah dilancarkan pada Ogos 2016 atas permintaan tinggi segelintir ahli yang mengkehendaki simpanan mereka diurus dan dilabur berdasarkan prinsip syariah. KWSP memberi jaminan kepada ahli yang memilih Simpanan Syariah bahawa kesemua pelaburan mereka adalah patuh syariah.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut mengenai kelebihan Akaun Syariah dan menukar Akaun Konvensional kepada Syariah dan cara membuat penukaran akaun KWSP.
Isi Kandungan
KELEBIHAN AKAUN KWSP SYARIAH
Antara kelebihan Akaun Syariah KWSP adalah:
- Membantu ahli menyediakan simpanan persaraan yang diuruskan secara patuh syariah untuk kegunaan ahli dan keluarga terutamanya untuk menunaikan ibadah haji dan umrah tanpa sebarang keraguan dan was-was ke atas sumber dana.
- Memastikan simpanan ahli tidak digunakan bagi tujuan yang bercanggah dengan syarak terutamanya riba (faedah), maysir (perjudian) dan gharar (ketidak pastian di dalam kontrak) yang sering terdapat di dalam pelaburan di dalam perbankan konvensional dan insuran.
- Membantu ahli (sekiranya meninggal dunia) menyediakan dana yang halal (simpanan ahli) untuk diagihkan kepada waris sebagai pusaka.
PERBEZAAN AKAUN SYARIAH DENGAN AKAUN KONVENSIONAL
Berikut adalah perbezaan antara Akaun Syariah dengan Akaun Konvensional KWSP:
CARA TUKAR KE AKAUN SYARIAH KWSP
Secara umumnya, terdapat 3 kaedah untuk buat penukaran akaun simpanan KWSP iaitu:
- Melalui kaunter KWSP – Hanya perlu bawa MyKad
- KWSP Mobile Team
- Secara Online (i-Akaun)
Namun untuk lebih memudahkan urusan, anda boleh buat secara online dengan cara berikut.
1) Login Ke i-Akaun
Anda perlu login ke i-Akaun.
Bagi yang masih tiada i-Akaun anda boleh daftar i-Akaun di kiosk KWSP berdekatan dengan mudah sekali.
2) Klik ‘Register Now’
Jika di bawah status ada tulis ‘ Your EPF account is currently not syariah compliant’ itu bermaksud akaun anda masih konvensional.
Clik Register Now untuk daftar akaun syariah KWSP.
3) Sahkah Butiran
Pastikan nombor telefon yang dipaparkan masih aktif kerana anda akan request TAC melalui nombor tersebut.
Sahkan butiran yang tertera dan tekan butang Next.
4) e-Akad
Baca e-Akad dan tick dalam kotak yang disediakan. Seterusnya klik Next.
5) Pengesahan TAC
Masukkan nombor TAC yang diterima melalui SMS.
6) Tunggu Notifikasi
Bila dah siap proses tadi, akan keluar page acknowledgement macam ni. Nanti kita akan terima mesej notifikasi melalui SMS dan email bagi memaklumkan status penukaran ini.
7) Semak Status
Akan keluar paparan seperti ini dan anda akan nampak status simpanan syariah anda ‘Approved‘
Dah siap! Kini akaun KWSP adalah Akaun Syariah. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda dalam menukar dari Akaun Konvensional ke Akaun Syariah KWSP.