Cara Buat Aduan Secara Online Jika Majikan Tidak Benarkan Bekerja Dari Rumah
Berdasarkan trend kes-kes harian Covid-19 yang semakin meningkat, kerajaan telah memutuskan untuk mengambil langkah-langkah yang lebih tegas dan ketat bagi mengekang penularan wabak Covid-19 dalam masyarakat dan menghalang kenaikan kes secara mendadak.
Data dan sains terus menunjukkan bahawa aktiviti-aktiviti perhimpunan yang menyukarkan penjarakan sosial dan keberadaan orang ramai dalam ruang yang sesak menjadi punca utama penularan Covid-19.
Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan SOP PKP 3.0 yang diperketatkan dan salah satu SOP yang diberi perhatian adalah sehingga 60% pekerja perlu bekerja dari rumah. Jika anda dapati majikan anda tidak melaksanakan perintan kerajaan untuk mengarahkan pekerja bekerja dari rumah, anda boleh buat aduan melalui aplikasi WFW.
Isi Kandungan
ARAHAN BEKERJA DARI RUMAH
Untuk makluman anda, SOP PKP 3.0 yang diperketat telah menetapkan bahawa:
- 80% kakitangan kerajaan akan bekerja dari rumah
- 40% pekerja di sektor swasta akan bekerja dari rumah
Arahan bekerja dari rumah ini adalah dilaksanakan di SELURUH MALAYSIA berkuatkuasa pada 25 Mei 2021. Sekiranya majikan anda tidak mengarahkan pekerja untuk bekerja dari rumah seperti yang ditetapkan, anda boleh buat aduan melalui aplikasi WFW.
CARA BUAT ADUAN MELALUI APLIKASI WFW
Berikut adalah panduan membuat aduan melalui aplikasi WFW:
- Muat turun aplikasi WorkForWorkers (WFW) di telefon pintar anda:
– Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.bestinet.sapn
– iOs: https://apps.apple.com/my/app/wfw/id1547555501
- Isikan maklumat peribadi sehingga lengkap
- Klik pada NEW COMPLAINT untuk buat aduan
- Muat turun dokumen sebagai bukti dan klik OK untuk hantar
Aduan yang hantar akan mengambil masa 3 hingga 7 hari untuk proses. Untuk pengetahuan anda, aplikasi ini juga boleh digunakan untuk pekerja membuat aduan sekiranya mereka dianiaya oleh majikan.
Semoga bermanfaat!