Mohon Bantuan Kemasukan IPTA / IPTS Peringkat Sijil, Diploma & Ijazah Sehingga RM700
Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) membuka permohonan Bantuan Kemasukan ke IPTA atau IPTS bagi pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat Sijil/ Matrikulasi/ STPM/ STAM/ SPMV(KV), Diploma dan Ijazah.
Bantuan ini diberikan bagi memudahkan pelajar-pelajar yang beragama Islam yang bermaustatin di Negeri Perak untuk mendapatkan bantuan zakat bagi kemasukan mana-mana IPT dalam negara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut mengenai bantuan serta syarat kelayakan dan cara memohon.
Isi Kandungan
KADAR BAYARAN BANTUAN
Kadar bayaran bantuan adalah mengikut peringkat pengajian seperti berikut:
- Sijil / Matrikulasi / STPM / STAM / SPMV (KV) : RM500.00
- Diploma / SPMV (KV) : RM600.00
- Ijazah : RM700.00
SYARAT UMUM PERMOHONAN
Berikut adalah syarat umum permohonan bantuan zakat:
- Setiap peringkat pengajian hanya sekali sahaja bantuan akan diberi.
- Tarikh memohon tidak melebihi 3 bulan dari tarikh daftar diri ke IPTA / IPTS
- Tempoh pengajian mestilah melebihi tempoh setahun atau 12 bulan.
- Pemohon mestilah bermastautin dalam Negeri Perak.
- Mana-mana IPTA-IPTS yang ada memberi elaun secara bulanan adalah tidak layak memohon.
- Permohonan ini tertakluk kepada PENGAJIAN SEPENUH MASA SAHAJA.
CARA MEMOHON
Permohonan bantuan jika memenuhi syarat kelayakan boleh dibuat dengan langkah berikut:
- Layari Sistem Semakan Kelayakan
- Masukkan no. Kad pengenalan (PELAJAR) untuk semakan data
- Jika data semakan disahkan tidak ada pertindihan permohonan, anda boleh teruskan dengan
mendaftar maklumat asas untuk menggunakan sistem permohonan ini. Sila masukkan maklumat yang tepat.
- Notifikasi peringatan bagi kesahihan data akan dipaparkan untuk rujukan. Tekan OK untuk
teruskan permohonan. - Seterusnya masukkan ID ( No. Kad Pengenalan PELAJAR ) dan kata laluan.
- Paparan Utama akan dipaparkan setelah login berjaya. Status terkini permohonan untuk anda melengkapkan maklumat asas Bahagian A. Sila klik Bahagian A.
- Sila isikan maklumat di ruangan yang disediakan. Seterusnya tekan butang kemaskini.
- Notifikasi kelulusan data tapisan akan dipaparkan seterusnya dibenarkan untuk melengkapkan Bahagian B.
- Sila tekan BAHAGIAN B untuk langkah seterusnya. Tekan Browse Anda perlu memuatnaik
enam(6) dokumen WAJIB bagi melengkapkan BAHAGIAN B. - Setiap kali satu(1) dokumen dimuatnaik notifikasi Muatnaik dokumen BERJAYA akan dipaparkan.
- Muatnaik dokumen lengkap selesai. Arahan untuk melengkapkan BAHAGIAN C akan dipaparkan.
- Sila tekan butang BAHAGIAN C ( Maklumat terperinci ) untuk kemasukan data. Tekan KEMASKINI untuk memasukkan data.
- Sila masukkan data yang tepat mengikut format yang disediakan. Seterusnya tekan butang
SIMPAN/KEMASKINI.
*PASTIKAN NO. KAD PENGENALAN TIDAK DIMASUKKAN TANDA ‘ – ‘ - Lengkapkan kesemua maklumat yang diperlukan. Tekan butang HANTAR PERMOHONAN.
- Status penghantaran permohonan berjaya untuk proses akan dipaparkan. Selesai.
Anda boleh mencetak borang permohonan yang lengkap untuk simpanan/rujukan. Anda boleh muat turun manual pengguna untuk panduan permohonan yang lebih lengkap bersama keterangan dan gambar di pautan berikut:
PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN BERGAMBAR
Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian 05-2084000 atau dapatkan keterangan lanjut mengenai Bantuan Am Pelajaran di Pejabat Pentadbiran Daerah terdekat.