CCRIS vs. CTOS: Bagaimana Nak Tahu Nama Dah Kena Blacklist?

Antara salah satu perkara yang menjadi kebimbangan semua orang dalam membuat permohonan pinjaman adalah nama kena blacklist. Seperti yang kita tahu, individu yang disenarai hitamkan (blacklist) akan gagal untuk membuat sebarang pinjaman daripada perbankan dan institusi kewangan lain.

CCRIS dan CTOS adalah antara dua platform untuk mengetahui rekod blacklist seseorang yang sering menjadi rujukan oleh perbankan dan institusi kewangan.

Apa bezanya CCRIS dan CTOS dan bagaimana nak tahu nama dah kena blacklist dengan dua platform ini?

Baca Cara Semak Nama Blacklist CTOS dan CCRIS

Sebelum itu, jom kita kenali apa itu CCRIS dan CTOS. Ikuti perkongsian di bawah untuk menjawab semua persoalan anda.

APA ITU CCRIS

CCRIS (Central Credit Reference Information System, atau Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit) ini datang dari Bank Negara Malaysia (BNM).

Semua laporan kredit CCRIS disediakan dan diuruskan oleh Biro Kredit BNM. Di sinilah semua maklumat kredit dari pelbagai syarikat kewangan di Malaysia terlibat, seperti bank, broker insuran, dan ada juga syarikat-syarikat swasta macam telekomunikasi.

Dalam laporan CCRIS, ada pelbagai info yang membantu institusi kewangan macam bank untuk buat keputusan atas setiap permohonan pinjaman individu.

Antara maklumat yang mereka boleh perolehi daripada laporan CCRIS adalah:

  • Semua pinjaman / kredit tertunggak
  • Akaun perhatian khusus yang mana akaun dipantau rapat oleh institut kewangan
  • Permohonan pinjaman kredit yang dah lulus atau sedang diproses dalam tempoh 12 bulan

Untuk pengetahuan anda, CCRIS hanya menyediakan maklumat dan data yang diperlukan oleh institusi kewangan untuk membuat keputusan. CCRIS tidak ada kuasa untuk blacklist nama individu.

APA ITU CTOS

CTOS (Credit Tip-Off Service) adalah organisasi persendirian atau syarikat swasta yang juga menyediakan laporan kredit. Ia digunakan secara meluas oleh bank dan institusi kewangan di Malaysia untuk tentukan kelayakan kredit pemohon samada individu atau syarikat.

Institusi kewangan memang akan gunakan lebih dari satu laporan kredit untuk tahu macam mana sebenarnya keadaan kredit dan keupayaan pemohon untuk bayar balik hutang.

Info dalam CTOS pulak datang dari pelbagai sumber-sumber awam macam Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM), notis dari akhbar, penerbitan prosiding undang-undang dan warta kerajaan

Antara maklumat yang institusi kewangan boleh cek dari laporan CTOS adalah:

  • Status muflis
  • Tindakan undang-undang
  • Status kes
  • Pemilikan dan info perniagaan

Sama seperti CCRIS, CTOS hanya menyediakan maklumat laporan yang diperlukan oleh institusi bank sahaja, mereka tidak ada kuasa untuk blacklist nama individu.

PERBEZAAN ANTARA CCRIS DAN CTOS

Dalam kebanyakan kes, memang institusi kewangan akan tengok kedua-dua laporan  kredit CCRIS dan CTOS ini sebelum mereka buat keputusan nak luluskan atau tolak permohonan pinjaman dari pemohon.

CCRIS vs. CTOS: Bagaimana Nak Tahu Nama Dah Kena Blacklist?

Tapi, walaupun report CCRIS dan CTOS digunakan untuk alasan yang sama, apa yang disediakan adalah tidak sama. Berikut adalah perbezaan CCRIS dan CTOS:

  • CCRIS datang dari badan kerajaan Bank Negara Malaysia, manakala CTOS adalah sebuah syarikat swasta.
  • Cara info dikumpulkan untuk laporan juga berbeza. CCRIS dapat info daripada institusi kewangan di Malaysia, CTOS pula dapatkan info kredit daripada sumber awam yang diberitahu di atas tadi.

KENAPA CCRIS DAN CTOS PENTING UNTUK PERMOHONAN PINJAMAN?

Berikut adalah dua sebab utama kenapa CCRIS dan CTOS penting untuk anda dan juga dalam dunia kewangan di Malaysia.

1) Analisis Dari Pihak Bank

CCRIS vs. CTOS: Bagaimana Nak Tahu Nama Dah Kena Blacklist?

Sebelum pihak bank membuat keputusan kelulusan permohonan, setiap permohonan kad kredit atau pinjaman rumah akan lalui proses kelulusan kredit dulu. Masa itu lah bank akan gunakan report CCRIS dan CTOS untuk check status kredit pemohon.

Sekiranya nama peminjam yang disenaraikan dalam rekod CCRIS dan CTOS itu menunjukkan bahawa dia “seorang pembayar hutang yang tidak bagus” maka ia akan menyusahkan dan menutup peluang peminjam untuk membuat pinjaman baharu sehingga dia memberi komitmen terbaik dalam usaha menyelesaikan masalah pembayaran balik pinjaman tertunggak yang terdahulu.

2) Sejarah Bayaran Balik Hutang

Semua perkara yang ada dalam maklumat laporan CCRIS dan CTOS itu semua benda yang pernah terlibat dalam kewangan setiap individu. Apa sahaja jenis pinjaman yang anda pernah ambil dan bila bayaran dibuat semuanya akan direkod.

Jadi kalau anda mempunyai sejarah bayaran selalu tertunggak, memang laporan dalam CCRIS dan CTOS anda tidak bagus. Selalunya bila dah ada laporan tunggakan yang kerap ini agak sukar untuk lulus permohonan pinjaman.

CARA NAK TAHU JIKA NAMA DAH KENA BLACKLIST DENGAN CCRIS ATAU CTOS

Semakan Blacklist/ Laporan Kredit CCRIS

CCRIS vs. CTOS: Bagaimana Nak Tahu Nama Dah Kena Blacklist?

Berikut adalah maklumat mengenai semakan laporan rekod CCRIS yang anda perlu tahu:

  • Rekod laporan CCRIS tidak boleh disemak melalui bank yang anda membuat pinjaman. Kebiasaannya pihak bank akan menyarankan anda mendapatkan rekod laporan kredit itu menerusi Bank Negara Malaysia BNM.
  • Untuk membuat semakan laporan CCRIS, anda disarankan mengunjungi Bank Negara Malaysia atau Pejabat BNM di cawangan-cawangan AKPK yang berdekatan.
  • Di Bank Negara Malaysia atau Pejabat BNM dan cawangan-cawangan AKPK disediakan kiosk layan diri untuk buat semakan CCRIS, malah maklumat rekod kategori pinjaman, rekod pembayaran serta status semasa akan dipaparkan lebih terperinci.

Untuk maklumat lanjut mengenai cara semakan melalui eCCRIS, sila layari pautan di bawah:

Semakan Blacklist/ Laporan Kredit CTOS

CCRIS vs. CTOS: Bagaimana Nak Tahu Nama Dah Kena Blacklist?

Untuk membuat semakan laporan blacklist CTOS, anda boleh berhubung terus dengan pihak CTOS di CTOS service centre menerusi maklumat yang boleh didapati menerusi pautan di bawah:

Anda juga boleh dapatkan bantuan atau maklumat cara dapatkan laporan kredit CTOS menerusi pautan berikut:

Pastikan anda menggunakan saluran yang betul dalam membuat semakan blacklist CTOS atau CCRIS. Jangan sesekali dedahkan maklumat peribadi seperti kad pengenalan kepada individu yang anda tidak tahu kesahihannya.

Terdapat beberapa kes, di mana ada pihak atau individu yang tidak bertanggungjawab akan tampil mengambil kesempatan kononnya bagi menolong menyelesaikan masalah dengan mengenakan bayaran tertentu.

Jangan biarkan individu yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan butiran peribadi anda dengan mengambil kesempatan terhadap masalah yang dihadapi oleh anda. Semoga perkongsian ini jelas menerangkan perbezaan CTOS dan CCRIS serta cara membuat semakan blacklist CTOS dan CCRIS dengan betul.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma