Tawaran Program Latihan Projek Fetigasi Asnaf Zakat MAINPP Dengan Kerjasama FAMA

Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dengan kerjasama mengambil inisiatif melaksanakan program latihan asnaf melalui Projek Fertigasi Asnaf Zakat dengan mengaplikasikan dan menyebar luas penggunaan teknologi terkini dalam bidang pertanian kepada belia asnaf untuk menjadi usahawan tani.

Para asnaf yang berminat boleh membuat permohonan dengan mengisi borang permohonan di pautan disediakan mulai 18 Januari 2023 hingga 27 Januari 2023.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan panduan buat permohonan.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan mengikuti Projek Fertigasi Asnaf Zakat boleh dibuat secara atas sehingga:

  • Tarikh tutup: 27 Januari 2023

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran adalah terbuka kepada pemohon yang berkelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Pulau Pinang
  • Pendapatan isi rumah RM2,500 dan ke bawah
  • Berumur di antara 21 hingga 55 tahun

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat untuk mengikuti program latihan asnaf melalui Projek Fertigasi Asnaf Zakat, anda boleh buat permohonan secara atas talian dengan mengisi borang permohonan online di pautan berikut:

BORANG PENDAFTARAN PROJEK FERTIGASI ASNAF ZAKAT

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai inisiatif projek ini, para asnaf boleh hubungi Bahagian Projek Khas, Zakat Pulau Pinang, MAINPP di talian 04-549 8000 samb 178/154.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma