Gaji Pekerja Malaysia Dijangka Naik Sehingga 20%
Berita baik buat rakyat Malaysia! Pekerja di negara ini dijangka menerima pelarasan gaji antara tiga hingga 20 peratus bergantung kepada industri, dengan industri pertumbuhan tinggi seperti teknologi dan pembuatan bakal menyaksikan perubahan lebih besar dalam struktur gaji dalaman.
Laporan Pasaran Pekerjaan dan Trend Gaji 2023 yang diterbitkan oleh syarikat perkhidmatan sumber manusia terbesar dunia, Randstad menjelaskan bahawa kenaikan kos sara hidup dan peningkatan inflasi di Malaysia memberikan kesan terhadap kemampuan rakyat untuk membiayai barangan keperluan serta gaya hidup.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jangkaan kenaikan gaji pekerja di Malaysia bagi tahun 2023.
Isi Kandungan
PENYEMAKAN SEMULA PENANDA ARAS GAJI PEKERJA
Laporan Pasaran Pekerjaan dan Trend Gaji 2023 yang diterbitkan oleh syarikat perkhidmatan sumber manusia terbesar dunia, Randstad menjelaskan bahawa kenaikan kos sara hidup dan peningkatan inflasi di Malaysia memberikan kesan terhadap kemampuan rakyat untuk membiayai barangan keperluan serta gaya hidup.
Gaji dan kerjaya juga tidak berkembang sepanjang pandemik COVID-19 apabila syarikat-syarikat membekukan pengambilan pekerja, kenaikan gaji dan pembayaran bonus pada 2020.
Bagi bertindak balas terhadap kenaikan kadar faedah, syarikat sedang menyemak semula penanda aras gaji masing-masing bagi mengekal dan menarik bakat baharu.
JANGKAAN PELARASAN GAJI
Pekerja di negara ini dijangka menerima pelarasan gaji pada kadar:
- antara 3 hingga 20 peratus bergantung kepada industri, dengan industri pertumbuhan tinggi seperti teknologi dan pembuatan bakal menyaksikan perubahan lebih besar dalam struktur gaji dalaman.
LAPORAN PASARAN PEKERJAAN & TREND GAJI 2023
Laporan Pasaran Pekerjaan dan Trend Gaji 2023 mendedahkan terdapat perkembangan kemahiran dari segi bakat dan kemahiran dalam tiga industri iaitu teknologi, pembuatan dan pembinaan.
Industri teknologi akan menggunakan pendekatan pengurusan pekerja dan pengambilan pekerja yang lebih cermat, dengan menumpukan kepada permintaan bakat dalam perkomputeran awan, keselamatan siber, kepintaran buatan, Internet Segala-galanya (IoT), realiti maya serta blockchain.
Permintaan bagi bakat teknikal dan komersial dalam industri pembuatan pula berterusan apabila syarikat berusaha meningkatkan transformasi digital 4.0 dalam automasi, pendigitalan serta pengalaman.
Sementara itu, pembangunan hartanah dan infrastruktur dalam industri pembinaan akan mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkemahiran tinggi untuk pekerja tempatan, namun boleh menimbulkan masalah dengan jurang kemahiran yang berterusan.
PELUANG PEKERJAAN BAHARU BAKAL DIWUJUDKAN
Pengarah Negara di Randstad Malaysia, Fahad Naeem, berkata banyak syarikat global mengurangkan aktiviti pengambilan pekerja disebabkan kadar inflasi yang mencecah paras rekod tertinggi menyebabkan mereka cenderung memberikan tumpuan untuk mengawal perbelanjaan.
Bagaimanapun, sebahagian daripada syarikat ini mungkin mengalihkan tumpuan kepada Malaysia sebagai sebahagian daripada transformasi perniagaan dan penstrukturan semula, yang akan mewujudkan peluang pekerjaan baharu untuk bakat tempatan
Mengenai pendekatan majikan untuk menarik bakat pada tahun ini, Naeem berkata, perubahan adalah penting bagi memacu landaskan perniagaan di Asia yang pantas berubah.