11 Jenis Soft Skills Penting Perlu Dipraktikkan Jika Nak Dipandang Majikan Untuk Naik Pangkat
Dah bertahun-tahun bekerja di syarikat yang sama, tetapi langsung tiada peluang kenaikan pangkat? Cuba lihat diri anda semula, adakah anda layak untuk naik pangkat? Hard skills buat anda diambil kerja, tapi soft skills yang membantu anda untuk mengembangkan kerjaya! Jangan fikir nak mohon kerja je kena ada soft skills ya.
Terdapat 11 soft skills penting yang anda perlu praktikkan sekiranya nak majikan pandang anda dan beri peluang tawaran kenaikan pangkat.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui 11 jenis soft skills yang anda perlu praktikkan jika nak peluang kenaikan pangkat.
Isi Kandungan
11 JENIS SOFT SKILLS YANG ANDA PERLU ADA
1) Komunikasi
Sepanjang anda bekerja, pastikan anda praktikkan komunikasi dengan rakan sekerja termasuk majikan dengan nada yang positif sahaja. Sentiasa alert dengan ‘body language’ dan kemahiran mendengar juga penting untuk berkomunikasi dengan orang.
2) Pujukan
Tak perlu nak “mengampu” pun semasa bekerja, anda hanya perlu kekalkan sifat yang baik dengan rakan sekerja. Kenali setiap apa yang rakan sekerja kisahkan dan becerita dalam cara yang boleh boleh kaitkan. Jangan asyik dengan dengan dunia anda sendiri sahaja sehingga orang ramai tidak selesa dengan anda. Berkomunikasi dengan cerita gunakan emosi.
3) Negotiation
Semasa berkomunikasi, pastikan anda sentiasa mendengar dengan khusyuk menunjukkan anda minat dengan perkara yang diceritakan serta fahami kehendak pihak tersebut. Bila dah tahu kehendak mereka, ketahui nilai anda dan mula propose penyelesaian untuk dua pihak.
4) Relationship Building
Macam mana nak naik pangkat jika hubungan dengan rakan sekerja dan majikan pun tidak baik? Sentiasa tolong orang dengan seikhlas hati. Jika mereka ada minat yang sama dengan anda, cuba kuatkan hubungan dengan mereka melalui perkara tersebut. Bila anda dah ada hubungan yang baik dengan yang lain, kemungkinan kebaikan anda disebut kepada majikan.
5) Empathy
Pastikan anda ada sifat “empathy” atau sentiasa prihatin terhadap orang lain. Sekiranya rakan sekerja anda menceritakan masalah, cuba masuk kepada pihak mereka dan lihat daripada perspektif mereka. Untuk menunjukkan anda ada sifat empathy, cuba mengakui perasaan mereka dan tidak menghukum. Sentiasa luangkan masa dan perhatian untuk mereka yang memerlukan “telinga” untuk mendengar masalah.
6) Positive Attitude
Nak jadi pekerja yang baik, anda mestilah ada sifat yang positif selalu! Nak tahu apa contoh sifat positif?
- Tak pernah bergosip
- Tak pernah mengeluh
- Jarang kritik orang
- Selalu cakap benda baik-baik
7) Kerjasama Berpasukan
Jangan terlalu sibuk nak tunjuk rajin depan majikan sehingga terabai rakan sepasukan! Elakkan ambil semua credit dan pastikan sentiasa libatkan pasukan anda dapat membuat sesuatu keputusan. Nak tunjukkan anda seorang “leader” yang baik? Puji rakan sepasukan dan nyatakan anda bangga dengan hasil kerjasama.
8) Resolusi Konflik
Pastikan anda sentiasa jauhi berpadugan dan elakkan tuduh menuduh. Sekiranya ada masalah, fokus kepada solusi masalah tersebut, bukannya masalah. Sekiranya anda merupakan puca masalah tersebut, sentiasa minta maaf dan rendahkan ego.
9) Emotional Intelligence
Sentiasa bijak mengawal emosi akan menunjukkan anda seorang yang boleh menjadi ‘leader”. Jangan bertindak secara impulsif dan tenangkan diri sekiranya stress. Fahamkan diri dengan perasaan anda dan fahami setiap perbuatan ada akibat.
10) Time Management
Nak jadi seorang yang bijak menguruskan masa?
- Belajar untuk pentingkan task
- Belajar untuk wakilkan orang
- Belajar untuk katakan tidak
11) Work Ethics
Pastikan anda bekerja dengan berdisiplin dan sentiasa bertanggungjawab dengan setiap kerja yang diberi. Jika majikan beri deadline kepada sesuatu kerja, pastikan anda hantar mengikut tempoh ditetapkan atau awal dari tempoh tersebut. Jika ada sesuatu masalah, jangan salahkan orang lain, sebaliknya cari penyelesaian.
Semoga bermanfaat!