Permohonan Bantuan Banjir LZSPeduli Kini Dibuka. Mohon & Terima RM600 Secara One-Off
Memahami masalah ramai penduduk di Selangor yang terjejas dari segi tempat tinggal dan harta benda, Zakat Selangor akan memberi bantuan banjir melalui Bantuan LZSPeduli. Bantuan LZSPeduli atau Lembaga Zakat Selangor Peduli merupakan bantuan one-off kepada ketua keluarga terjejas akibat banjir. Setiap rumah kediaman yang layak boleh buat satu permohonan.
Bantuan ini adalah disasarkan kepada semua mangsa banjir di Selangor yang berkelayakan bagi membantu mengurangkan beban kewangan mangsa. Selain daripada bantuan banjir oleh LSZ, rakyat Selangor juga akan menerima bantuan kewangan oleh kerajaan negeri sebanyak RM1,000. Semak senarai bantuan banjir oleh kerajaan negeri Selangor DI SINI.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan ditawarkan oleh Lembaga Zakat Selangor dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
KADAR BANTUAN BANJIR ZAKAT SELANGOR
Zakat Selangor menawarkan bantuan tunai kepada mangsa banjir di Selangor sebanyak:
- Bantuan banjir: RM600
TEMPOH PERMOHONAN
Permohonan bantuan banjir oleh LZS boleh dibuat sepanjang tempoh berikut:
- 21 November 2022 hingga 31 Januari 2023
SYARAT KELAYAKAN
Zakat Selangor mempelawa mangsa banjir yang terlibat dan berkelayakan seperti berikut untuk mohon bantuan ditawarkan:
- Individu beragama Islam
- Warganegara Malaysia atau penduduk tetap
- Lahir dan menetap di Selangor (bermastautin) di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga tahun
DOKUMEN DIPERLUKAN
Permohonan mestilah dihantar bersama dokumen-dokumen berikut:
Asnaf Fakir, Miskin & Muallaf
- Laporan Polis / Pengesahan pimpinan masyarakat, dan
- Penyata akaun bank (sekiranya berubah)
Bukan Asnaf
- MyKad ketua keluarga dan tanggungan
- Laporan Polis/ Pengesahan pimpinan masyarakat
- Penyata akaun bank
CARA MEMOHON
Sekiranya anda memerlukan bantuan yang ditawarkan oleh LZS dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan, anda boleh buat permohonan bantuan secara online selewat-lewatnya 31 Januari 2023.
Permohonan boleh dibuat di Portal LZSPeduli melalui pautan berikut:
Status permohonan Bantuan Bencana LSZ boleh disemak melalui pautan Sistem eZakatONLINE. Pembayaran dibuat dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh kelulusan dalam portal.
Kaedah bayaran dibuat melalui kaedah bayaran terus ke akaun pemohon. Dengan itu, pemohon dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut:-
- Akaun bank masih aktif untuk proses transaksi bayaran.
- Akaun bank adalah akaun individu, dan bukan akaun bersama.
- Maklumat nombor akaun dan nama bank dimuat naik dengan jelas
Bagi pemohon yang tidak mempunyai akaun bank akan dipertimbangkan menggunakan kaedah bayaran secara tunai, baucer tunai atau pembayaran terus ke pihak ketiga, sila berhubung dengan pegawai operasi agihan daerah atau penolong amil kariah berhampiran.
Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan bantuan oleh LZSPeduli, anda boleh hubungi Talian Zakat Selangor 1-300-88-4343 atau terus ke laman web rasmi zakatselangor.com.