Cara Mohon Jadi Pensyarah Kolej Matrikulasi KPM Di Seluruh Negara 

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini mempelawa  individu yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Pensyarah di Kolej Matrikulasi KPM atau Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG44/ DG48/ DG52 (KUJ).

Pengambilan adalah dibuka bagi penempatan di Kolej Matrikulasi seperti yang ditetapkan. Sekiranya anda berminat nak jadi pensyarah Matrikulasi dalam pelbagai bidang yang ditawarkan, pastikan anda hantar borang permohonan ke alamat yang dinyatakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan jawatan sebagai Pensyarah di Kolej Matrikulasi KPM.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama Majikan: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
  • Nama jawatan: Pensyarah Akademik Gred DG44/ DG48/ DG52 (KUJ)
  • Penempatan: Kolej Matrikulasi KPM
  • Bidang akademik: Pelbagai bidang

KEKOSONGAN SUBJEK

Kekosongan jawatan sebagai pensyarah akademik adalah bagi subjek-subjek berikut:

  • Biologi
  • Fizik
  • Kimia
  • Sains komputer
  • Matematik
  • Bahasa Inggeris
  • Perakaunan
  • Pengurusan Perniagaan
  • Ekonomi
  • Pengajian Am

SYARAT KELAYAKAN

Pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat umum berikut:

  • PPP Gred DG44/ DG48/ DG52 yang sedang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)
  • Markah wajaran Laporan Nilaian prestasi Tahunan (LNPT/ PBPPP) sekurang-kurangnya 85% bagi tahun 2020, 2021 dan 2022
  • Bebas daripada tindakan tatatertib
  • Telah mengistiharkan harta dalam tempoh 5 tahun
  • Bebas daripada senarai peminjam tegar pinjaman pendidikan institusi/ tabung pendidikan

Antara syarat-syarat khusus yang perlu dipenuhi adalah:

  • Mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan bagi kursus yang dimohon
  • Fasih dalam Bahasa Inggeris (penulisan dan pertuturan)
  • Bagi permohonan sebagai Pensyarah Bahasa Inggeris, PPP perlu berada pada tahap penguasaan minimum Common European Framework of Reference For Languages (CEFR) C1
  • Sihat fizikal dan tidak mempunyai sakit kronik
  • Sedia berkhidmat di kolej matrikulasi yang ditawarkan sekurang-kurangnya 3 tahun
  • Diperaku oleh Ketua Jabatan

CARA MEMOHON

Pemohon hendaklah melengkapkan maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan yang disediakan. Pastikan anda cetak maklumat permohonan secara depan belakang, mengepilkan maklumat berdasarkan senarai semak dan mengemukakan permohonan kepada Ketua Jabatan bagi tujuan sokongan.

Klik butang di bawah untuk download borang permohonan:

borang permohonan jawatan pensyarah kolej matrikulasi

Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan tidak akan dipertimbangkan.

Kemukakan borang permohon dan dan dokumen sokongan ke alamat berikut:

  • Pengarah
    Bahagian Matrikulasi
    Kementerian Pendidikan Malaysia
    Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62604 Putrajaya
    (u.p.: Unit Perkhidmatan, Saraan dan Perjawatan)

Calon yang layak dan sesuai akan dipanggil untuk temuduga selewat-lewatnya dalam tempoh 1 bulan daripada tarikh tutup iklan ini. Segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga adalah di bawah tanggungan calon sendiri.

Sekiranya tiada sebarang jawapan diterima daripada urus setia dalam masa 12 bulan dari tarikh tutup permohonan, permohonan ini adalah dianggap tidak berjaya. Keputusan adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma