Panduan Penggunaan Pulse Oximeter & Cara Bacaan Yang Betul 

Baru-baru ini viral tentang penggunaan Pulse Oximeter dalam memastikan tahap kesihatan kekal berada dalam keadaan normal. Orang ramai dah mula sedar kepentingan adanya alat-alat pengukur kesihatan di rumah. Antara alat yang perlu ada di rumah masing-masing adalah Pulse Oximeter, Blood Pressure Monitor dan Thermometer.

Alat-alat ini adalah penting bagi sentiasa memantau keadaan oksigen dalam darah, kadar denyutan nadi, tekanan darah dan suhu badan. Namun di perkongsian ini, anda akan diberi pendedahan tentang penggunaan Pulse Oximeter dan cara bacaan yang betul.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui kepentingan Pulse Oximeter di rumah dan cara penggunaan yang betul.

FUNGSI PULSE OXIMETER

Pulse Oximeter ialah alat pengukur paras oksigen dalam darah kita. Alat ini biasanya digunakan untuk:

  • memantau keadaan pesakit yang mempunyai masalah kesihatan yang boleh mempengaruhi tahap oksigen dalam darah seperti Penyakit Obstruktif Paru-Paru Kronik (COPD), penyakit Asma, Pneumonia, kanser paru-paru, Anemia, sakit jantung, kecacatan jantung kongenital dan lain-lain.
  • Kepentingan Pulse Oximeter untuk memeriksa tahap oksigen darah adalah penting bagi pesakit (tidak termasuk pesakit wad) yang mempunyai simptom COVID-19 seperti batuk, demam, dan sesak nafas.
  • Walaubagaimanapun, bagi golongan muda dan sihat tanpa simptom COVID-19, Pulse Oximeter mungkin tidak diperlukan di rumah,

CARA GUNA PULSE OXIMETER

Bacaan tahap oksigen dalam darah diambil dengan cara mengepit hujung jari tangan menggunakan satu alat berbentuk klip iaitu Pulse Oximeter. Tahap kepekatan oksigen darah diukur menggunakan satu proses yang melibatkan lintasan sinaran cahaya kecil ke dalam darah.

Panduan Penggunaan Pulse Oximeter & Cara Bacaan Yang Betul 

Proses ini dapat mengukur perubahan penyerapan cahaya dalam darah beroksigen atau darah tanpa oksigen dan seterusnya, mengesan kadar kepekatan oksigen darah.

Paras oksigen darah rendah (hypoxia) adalah ukuran kepekatan oksigen berpurata 94% dan ke bawah bagi mereka yang tiada penyakit paru-paru kronik.

Pulse Oximeter telah lama digunakan di rumah untuk memantau keadaan pesakit yang menghidap penyakit paru-paru kronik dan kegagalan fungsi jantung.

Waktu Bacaan

Pengukuran dan hasil bacaan perlu dicatat 3 kali sehari dan perlu dilakukan pada masa yang sama setiap hari. Sebagai contoh 3 kali sehari mengikut waktu makan.

Lakukan pengukuran tambahan jika anda merasakan berlaku perubahan dalam kesihatan anda.

TANDA BACAAN PULSE OXIMETER

Berikut adalah cara baca kadar Pulse Oximeter yang betul:

Panduan Penggunaan Pulse Oximeter & Cara Bacaan Yang Betul 

FAKTOR MEMPENGARUHI KETETAPAN BACAAN

Bacaan rendah yang tidak tepat ,mungkin berlaku sekiranya:

  • Bahagian badan periferal seperti hujung jari kaki dan tangan yang sejuk.
  • Peredaran darah yang lemah disebabkan oleh masalah kesihatan seperti darah tinggi atau kegagalan fungsi jantung.
  • Orang yang mempunyai tatu, cat kuku atau kuku palsu pada jari yang diukur.
  • Mengukur semasa baring mendatar.
  • Pesakit yang menghidapi Anemia, Anemia Sel Sabit, dan penyakit berkaitan sel darah yang lain.

Setiap keluarga digalakkan untuk ada satu Pulse Oximeter yang boleh didapatkan di farmasi berdekatan. Pastikan anda beli yang original ya!

Semoga bermanfaat!

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma